Filem Kampung Latah The Mummy Di Astro First

Kampung Latah The Mummy Di Astro First

Saksikan filem Kampung Latah The Mummy yang akan menemui penonton di pawagam rumah anda Astro First saluran 480 atau secara On Demand mulai 25 Ogos 2022, Khamis. Anda boleh tonton filem ini selama 48 jam secara berulang-ulang dengan kadar sewa RM15 sahaja.

Filem ini merupakan sekuel daripada Kampung Latah Kena Kuarantin sebelum ini yang telah berjaya mengutip sebanyak RM1 juta ketika ianya ditayangkan pada September 2021 yang lalu. Jika sebelum ini dengan genre komedi satira dan kali ini kembali untuk sebuah cerita seram komedi pula.

Sama seperti sebelumnya, filem ini juga diterbikan oleh syarikat produksi Megapine (M) Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh pengarah yang sama juga iaitu Azizi Haji Adnan. Idea asal daripada Hazil Izham Ismail bersama Nazia Mustafar. Manakala skrip ditulis oleh tuan pengarah dan Ilham Abata.

Sinopsis Filem Kampung Latah The Mummy

Kampung Latah The Mummy menampilkan barisan pelakon popular Malaysia seperti Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, Ps Mansur, Din Latah, Adlin Aman Ramli, Bell Ngasri, Sharif Zero, Mamak Puteh, Syuk Sahar, Acong Sweetchild, Wanie Ooi, Shashic Iewan, Riezman Khuzaimi, Ilham Abatan, Delimawati, Ann Abdullah dan ramai lagi.

  • Azhan Rani sebagai Ajin
  • Nazia Mustafar sebagai Jamilah
  • Ieda Moin sebagai Eton
  • Ps Mansur sebagai Mansur
  • Din Latah sebagai Din
  • Adlin Aman Ramli sebagai Mummy
  • Bell Ngasri sebagai Abon
  • Sharif Zero sebagai B-boy
  • Mamak Puteh sebagai Aaron
  • Syuk Sahar sebagai Usin Markup
  • Acong Sweetchild sebagai Kontraktor Acong
  • Wanie Ooi sebagai Pontianak
  • Shashic Iewan sebagai Syafiq Gagap

⏩ Tonton Filem Kampung Latah The Mummy - Link 1 | Link 2

Kampung Latah...The Mummy bakal menyaksikan Kampung Latah kembali kecoh dengan gelagat penduduknya.

Kisah bermula apabila kerja-kerja pembinaan untuk membina Kompleks Sukan Kampung Latah terhenti apabila pekerja kontrak terjumpa keranda 'mummy' dan apabila di buka 'mummy' tersebut bangkit lalu mengganggu penduduk.

Seperti biasa, Ajin, Jamilah, Eton, Mansur dan Din terus melakukan sesuatu untuk menghalang kerja jahat mummy tersebut dengan pelbagai cara. Bertambah huru-hara apabila Jamilah didapati telah hilang.

Kampung Latah The Mummy Di Astro First

Kampung Latah The Mummy Di Astro First

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post