Jadual Perlawanan JDT Vs Urawa Red Diamonds Di AFC Champions League 2022 (ACL)

Jadual Perlawanan JDT Vs Urawa Red Diamonds Di AFC Champions League 2022

Johor Darul Ta'zim (JDT) kini menjadi harapan Malaysia apabila satu-satunya kelab tempatan yang berjaya mara ke peringkat kalah mati dalam kejohanan AFC Champions League 2022 (ACL) dimana sebelum ini menggunguli kedudukan pertama dalam kumpulan I.

BACA : JDT Mengungguli Carta Dalam Kumpulan I

Untuk peringkat kalah mati, JDT akan bertemu pasukan gergasi daripada Jepun iaitu Urawa Red Diamonds dalam pusingan 16 terbaik dimana perlawanan tersebut akan diadakan di Jepun tanpa aksi timbal balik.

Adakah kali ini, JDT akan membuat kejutan lagi dengan mengalahkan kelab daripada Jepun itu kerana kelab tersebut kini hanya menduduki tempat ke-7 dalam J1 League berbanding JDT kini berada di takhta liga dalam Liga Super Malaysia.

Jadual & Keputusan Pusingan 16 AFC Champions League 2022

Untuk pusingan 16 terbaik sebanyak 4 perlawanan akan berlangsung pada 18 dan 19 Ogos 2022. Manakala 4 lagi perlawanan akan berlangsung pada tahun hadapan iaitu pada 3 Februari 2023.

Untuk pertembungan antara JDT dan Urawa Red Diamonds akan berlangsung pada 19 Ogos 2022 dan perlawanan ini akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena 2 802 atau boleh strim secara online di Astro Go.

Sekiranya anda tidak mempunyai akses kepada Astro, anda boleh tonton secara online di www.elevensports.com dengan langganan berharga RM17.50 sebulan.

Berikut merupakan jadual dan info perlawanan yang melibatkan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam pusingan 16 terbaik di kejohanan AFC Champions League 2022 (ACL)

19 Ogos 2022

Urawa Red Diamonds (5) - (0) Johor Darul Ta'zim

  • Alexander Scholz 8' (P)
  • David Moberg Karlsson 19', 39'
  • Kasper Junker 84', 90'+1

*Urawa Red mara ke pusingan suku akhir selepas menawarkan JDT

Hari : Jumaat
Masa : 7.00 Malam
Tempat : Stadium Saitama 2002, Bandar Saitama, Jepun
Tayangan : Astro Arena 2 dan elevensports
Live Streaming : Live 1 | Live 2 | Live 3

Jadual Perlawanan JDT Vs Urawa Red Diamonds Di AFC Champions League 2022

Untuk dapatkan statistik penuh dan ketahui jadual beserta keputusan penuh bagi lain-lain perlawanan bagi kejohanan ACL, anda boleh rujuk laman web rasmi AFC di www.the-afc.com/afc_champions_league/

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post