Tak lengkaplah sambutan Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan 31 Ogos tanpa perarakan. Dengan adanya acara ini, orang ramai boleh berkumpul bagi melihat lebih dekat perarakan berwarna-warni yang bakal ditonjolkan.
Jika sebelum ini, 2 tahun Malaysia tidak mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan dengan perarakan. Ini disebabkan virus Covid-19 yang mana tidak membenarkan himpunan beramai-ramai diadakan. Pastinya agak sedikit 'kurang' ketika sambutan tersebut diadakan.
Kali ini sempena Kemerdekaan Ke-65, orang ramai boleh kembali untuk melihat sesi perarakan daripada pelbagai agensi. Disini anda boleh tengok pihak ATM, Polis, Bomba dan banyak lagi perarakan yang menarik.
Lokasi Perarakan Hari Kemerdekaan Ke-65 Di Seluruh Malaysia (Peringkat Negeri)
Jadi boleh bawa seluruh keluarga atau ajak rakan-rakan datang beramai-ramai ke tapak perarakan yang diadakan di seluruh negeri termasuklah di Dataran Merdeka.
Sambutan setiap negeri akan bermula pada jam 7.00 pagi pada 31 Ogos 2022 (Rabu)
Negeri Sembilan - Padang Majlis Bandaraya, Seremban (DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan)
Sabah - Padang Merdeka Kota Kinabalu (TYT Yang di-Petua Negeri Sabah)
Pulau Pinang - Padang Kota Lama (TYT Pulau Pinang)
Wilayah Persekutuan Labuan - Taman Damai Layang-Layangan (Ahli Dewan Negera)
Kelantan - Padang Majlis Daerah Keterah (YAB Menteri Besar)
Kedah - Dataran Medan Bandar, Alor Setar (Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah)
Johor - Dataran Iskandar Puteri Nusajaya (YAB Menteri Besar)
Terengganu - Taman Awam Batu Burok (DYTM Yang Dipertuan Muda Terengganu)
Perak - Dewan Bandaraya Ipoh (DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan)
Sarawak - Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong (TYT Yang di-Petua Negeri Sarawak)
Pahang - Padang MBK 4, Kuantan (Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang)
Melaka - Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka (TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka)
Sambutan Ambang Merdeka (30 Ogos 2022)
Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Anjung Floria Putrajaya
- 9.00 malam - 12 tengah malam
- YAB Perdana Menteri
Perlis
- Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra
- DYMM Tuanku Raja Perlis
Selangor
- Dataran Kemerdekaan Shah Alam
- YAB Menteri Besar
Perak
- Dataran MBI, Ipoh
- YAB Menteri Besar
Salam Kemerdekaan bro. Kedah di hadapan Masjid Zahir. Harap esok cuaca elok. sini masih hujan (30/8).. huhu
ReplyDeletePost a Comment