Telefilem Cik Shopaholic Di TV9

Telefilem Cik Shopaholic Di TV9

Saksikan telefilem Cik Shopaholic yang akan menemui penonton pada 22 Ogos 2022, hari Isnin pada jam 8.30 malam menerusi slot Kuasa 3 Malam di TV9 atau anda boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd., diarahkan oleh Hadith Omar dengan nukilan skrip daripada Sharifah Abu Salem.

Sinopsis Telefilem Cik Shopaholic

Telefilem Cik Shopaholic menampilkan barisan pelakon seperti uteri Aishah, Ungku Ismail Aziz, Sharifah Shahora, Marisa Yasmin, Azhar Amir, Syerinie Myra, Kamsani Ismail, Hazwan Alif dan ramai lagi.

  • Puteri Aishah sebagai Hezliza
  • Ungku Ismail sebagai Razi
  • Sharifah Shahora sebagai Suraya
  • Marisa Yasmin sebagai Jasmiah
  • Syerinie Myra sebagai Sabrina

⏩ Tonton Telefilem Cik Shopaholic Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang pasangan Razi dan Hezliza yang mempunyai sifat yang berlawanan antara satu sama lain. Razi seorang yang sangat cerewet dan tidak mempunyai masa untuk mencari pasangan. Manakala Hezliza pula sangat boros dalam soal berbelanja.

Kebetulan bapa kepada Razi & Hezliza adalah rakan dalam dunia perniagaan. Mereka bercadang ingin menjodohkan Razi dan Hezliza dengan harapan Razi dapat mengubah sikap Hezliza.

Razi menyedari kelebihan yang dimiliki Hezliza iaitu pandai memasak dan masakannya memang sedap. Razi mendapat idea untuk merealisasikan impian memiliki kafe yang terkubur beberapa tahun lalu.

Tanpa Razi sedar, secara senyap-senyap Hezliza mengulangi perangai lamanya. Dia kembali boros dan berbelanja sehinggalah tembelangnya pecah apabila Razi menemui beberapa barangan berjenama yang dibelinya senyap-senyap.

Hezliza akhirnya terpaksa mengaku membeli belah sebagai terapi kepada tekanan perasaan dan kepenatan yang ditanggungnya sepanjang mengendalikan kafe.

Telefilem Cik Shopaholic Di TV9

Telefilem Cik Shopaholic Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post