Telefilem Dalang Di TV1

Telefilem Dalang Di TV1

Saksikan telefilem Dalang yang akan menemui penonton pada 13 Ogos 2022, hari Sabtu pada jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem yang berlatarbelakangkan wayang kulit negeri Kelantan ini merupakan terbitan syarikat produksi Noah Arjuna Sdn. Bhd., dan Sabri Yunus bertindak sebagai pengarah dan penulisan skrip untuk cerita ini.

Sinopsis Telefilem Dalang

Telefilem Dalang menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Sabri Yunus, Adrea Abdullah, Asrul Faizal, Along Azyendy dan ramai lagi.

⏩ Tonton Telefilem Dalang - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Pok Him (Sabri Yunus) iaitu seorang Tok Dalang Wayang Kulit sedang menghadapi masalah ahli yang sering bertelingkah demi kepentingan diri.

Demi menjaga seni lambang jati diri dan bangsa, dia bertungkus lumus menghidupkan dan menekankan tentang falsafah seni tradisi untuk diterjemahkan kepada kehidupan ini.

Namun, usaha Pok Him tetap gagal. Lalu apa kesudahannya?


1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post