Telefilem Dosa Terlindung Di TV3

Telefilem Dosa Terlindung Di TV3

Saksikan telefilem Dosa Terlindung yang akan menemui penonton pada 14 Ogos 2022, hari Ahad pada jam 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my

Telefilem ini idea asal daripada Han Hariz yang merupakan terbitan syarikat produksi Alfanazra Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Khalid Nadzri dengan nukilan skrip daripada Shuhadatul Ain Zakaria.

Sinopsis Telefilem Dosa Terlindung

Telefilem Dosa Terlindung menampilkan barisan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Zamarul Hisyam, Eira Syazira, Jue Aziz, Naim Daniel, Bella Dowanna, Hairi Safwan, Dato' Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan, Ezzrin Loy, Erynn Erynna dan ramai lagi.

  • Zamarul Hisyam sebagai Khairi
  • Jue Aziz sebagai Hana
  • Eira Syazira sebagai Zie
  • Hairi Safwan sebagai Faizal
  • Dato' Jalaludin Hassan sebagai Datuk Nadzri
  • Azizah Mahzan sebagai Datin Rosnah
  • Naim Daniel sebagai Irfan
  • Bella Dowanna sebagai Eisya

⏩ Tonton Telefilem Dosa Terlindung - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Khairi yang hidup bersama dua anaknya yang masih kecil iaitu Eisya dan Irfan tanpa ibunya disisi apabila dia telah meninggalkan keluarga tersebut kerana tidak sanggup menjalani hidup serba kekurangan.

Dalam pada itu juga, Zie dilamun cinta dengan Faizal yang mana menabur janji memberikan kesenangan kepadanya. Zie menjadi isteri Faizal namun rumah tangganya tidak kekal lama. Dia meminta cerai kerana tidak tahan dengan perangai kaki perempuan dan menjadi mangsa pukul Faizal.

Khairi pula kini bergelar usahawan berjaya. Mengetahui perkara itu, Zie nekad mencari Khairi dan anaknya. Dia sanggup menggunakan dua anaknya untuk memenangi kembali hati Khairi. Tapi kewujudan Hana menjadi penghalang untuk Zie berbaik semula dengan bekas suaminya.

Telefilem Dosa Terlindung Di TV3

Telefilem Dosa Terlindung Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post