Telefilem Ke Hujung Nyawa Di TV Alhijrah

Telefilem Ke Hujung Nyawa Di TV Alhijrah

Sempena bulan Kemerdekaan, saksikan telefilem Ke Hujung Nyawa yang akan menemui penonton pada 28 Ogos 2022, hari Ahad pada jam 9.00 malam di saluran TV Alhijrah atau boleh strim secara online di www.alhijrahplus.com

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Padusi Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ayie Mustafa dengan penulisan skrip daripada Azlina Pa'wan.

Sinopsis Telefilem Ke Hujung Nyawa

Telefilem Ke Hujung Nyawa menampilkan barisan pelakon seperti Fezrol Khan, Jue Aziz, Rozita Che Wan, Adam Shah, Ridzhuan Hashim, Natasha Elyzza, Chomel Fana dan ramai lagi.

  • Fezrol Khan sebagai Syed Azhar
  • Jue Aziz sebagai Jannah
  • Natasha Elyzza sebagai Maya
  • Chomel Fana sebagai Aishah

⏩ Tonton Telefilem Ke Hujung Nyawa Disini - Link 1 | Link 2

Ianya merupakan sebuah drama ilmiah yang penuh dengan warna warni kehidupan dengan mengisahkan tentang Syed Azhar yang merasa bertanggungjawab atas kematian pemandunya Aliff sewaktu menjalankan tugas.

Dia senantiasa terbayangkan wajah isteri Aliff iaitu Jannah yang meratapi pemergian suaminya. Tambah-tambah lagi apabila memikirkan masa depan anak mereka iaitu Aishah.

Bagi menjaga kebajikan Jannah dan Aishah yang ditinggalkan Aliff, Syed Azhar menikahi Jannah tanpa pengetahuan isteri pertamanya iaitu Maya.

Dugaan demi dugaan dihadapi Jannah setelah dia bergelar isteri kedua sehingga dia mengambil keputusan untuk menghilangkan diri demi kebahagian dan kedamaian Syed Azhar dan Maya.

Telefilem Ke Hujung Nyawa Di TV Alhijrah

Telefilem Ke Hujung Nyawa Di TV Alhijrah

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post