Telefilem Lorong Hidup Di TV2

Telefilem Lorong Hidup Di TV2

Saksikan telefilem Lorong Hidup yang akan menemui penonton pada 23 Ogos 2022, hari Selasa pada jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem dengan idea asal daripada Mohd Herman Roslan ini merupakan terbitan syarikat produksi Zaza Development & Service Sdn. Bhd., diarahkan oleh Dato' Zul M. Osman dengan nukilan skrip daripada Nizam Abdullah dan Ku Aminah Ku Mat.

Sinopsis Telefilem Lorong Hidup

Telefilem Lorong Hidup menampilkan barisan pelakon seperti Hairi Safwan, Razali Hussain, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar, Farisha Irwayu, Aznah Hamid, Erry Putra, Safrizal Salehuddin, Zaini Hassan, Megat Terawis, Zaid Ibrahim dan ramai lagi.

  • Hairi Safwan sebagai Jaafar
  • Razali Hussain sebagai Syakir
  • Datuk Tuan Asmawi sebagai Harun
  • Farisha Irwayu sebagai Nora
  • Erry Putra sebagai Ramly
  • Aznah Hamid sebagai Mak Timah
  • Safrizal Salehuddin sebagai Ghani
  • Zaini Hassan sebagai Ustaz

⏩ Tonton Telefilem Lorong Hidup Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang seorang penulis kampung bernama Jaafar. Beliau gemar untuk menulis segala kisah masyarakat yang sentiasa melalui suka dan duka dalam kehidupan.

Dalam pada yang sama, dia juga bekerja sebagai buruk binaan dan sering ditindas oleh majikannya, Harun. Jaafar menyewa rumah Ghani, tetapi tanpa pengetahuan Ghanis, Syakir telah bertinda kasar terhadap Jaafar dan orang kampung.

Telefilem Lorong Hidup Di TV2

Telefilem Lorong Hidup Di TV2

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post