Saksikan telefilem Selamat Hari Bapa Kak Long yang akan menemui penonton pada 2 Ogos 2022, hari Selasa pada jam 9.00 malam di slot Drama On 2 di TV2 atau boleh strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my
Telefilem ini merupakan idea asal daripada Farah Izzati yang juga penulis skrip bersama Ijam Lobes Wijolo. Ianya diterbitkan oleh syarikat produksi Fifteen Empire Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Nazir Jamaluddin.
Sinopsis Telefilem Selamat Hari Bapa Kak Long
Telefilem Selamat Hari Bapa Kak Long menampilkan barisan pelakon seperti Shakilla Khoriri, Arash Mohd, Kuza Muzani, Hakim Nordin, Donna Muslim, Riena Amierah dan ramai lagi.
⏩ Tonton Telefilem Selamat Hari Bapa Kak Long Disini - Link 1 | Link 2
Ianya mengisahkan tentang Hana yang terpaksa berhenti belajar demi menyara kehidupan ibu dan adik-adiknya selepas kehilangan ayahnya yang meninggal dunia akibat kemalangan ketika bekerja.
Pelbagai dugaan yang perlu ditempuh oleh Hana demi mencari rezeki dan menyara keluarga. Bagaikan jatuh ditimpa tangga, selain kesukaran tersebut, rumah yang menjadi tempat berteduh mereka juga pula direbut oleh pakciknya.
Hana selaku anak sulung dalam keluarga perlu menggalas tanggungjawah yang besar sebagai ketua keluarga.
Post a Comment