Telefilem Tok Samad Di TV9

Telefilem Tok Samad Di TV9

Sempena Kemerdekaan saksikan telefilem Tok Samad yang akan menemui penonton pada 29 Ogos 2022, hari Isnin pada jam 8.30 malam menerusi slot Kuasa 3 Malam di TV9 atau boleh strim secara online di www.tonton.com.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi ZK Creative Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ismail Bob Hashim dengan nukilan skrip daripada Pnut Syafinaz.

Sinopsis Telefilem Tok Samad

Telefilem Tok Samad menampilkan barisan pelakon seperti Dato' Jalaluddin Hassan, Meor Adha Najmi, Uqasha Senrose, Issey Fazlisham dan ramai lagi.

  • Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Tok Samad
  • Uqasha Senrose sebagai Siti
  • Meor Adha Najmi sebagai Derih

⏩ Tonton Telefilem Tok Samad Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Tok Samad yang merupakan bekas kelasi kapal yang berumur 60-an sudah lama menetap di Eropah yang kembali ke Malaysia untuk menjaga cucunya yang tinggal iaitu Idris atau Derih selepas ibubapanya meninggal dunia.

Tok Samad seorang yang berperwatakan moden, citarasa tinggi dan suka bergaya. Manakala cucunya tersebut ialah seorang kanak-kanak yang berjiwa tradisional, tambahan pula mereka menetap di kawasan kampung.

Pertembungan watak berbeza karekter ini menimbulkan gelagat lucu dan pelbagai konflik. Setelah hidup lama bersama, Derih mula mengubah caranya untuk menjadi lebih moden dan membuatkan Tok Samad serba salah kerana telah 'menjajah' minda Derih.

Demi tanah airnya, Tok Samad tak mahu Derih mengulangi sejarah silam hidupnya yang berkiblatkan gaya hidup barat. Dalam masa yang sama, Tok Samad jatuh hati kepada seorang gadis kampung, Siti.

Adakah Tok Samad berjaya menawan hati si gadis tersebut?

Telefilem Tok Samad Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post