Drama IMperfect Di Astro Ria

Drama IMperfect Di Astro Ria

Saksikan siri drama Original Gempak berjudul IMperfect yang akan menemui penonton mulai 28 September 2022, setiap hari Rabu pada jam 9.30 malam di saluran Astro Ria 104 atau boleh juga strim di Astro Go.

Drama ini merupakan terbitan syarikat bersama iaitu Juita Viden Sdn. Bhd. dan Filmscape dan diarahkan oleh Helmi Yusof dengan nukilan skrip daripada Shamaine Othman dan Ashraf Modee Zain

Sinopsis Drama IMperfect

Drama IMperfect menampilkan barisan pelakon seperti Bella Dowanna, Nia Atasha, Dini Schatzmann, Daniel Cheang, Linda Hashim, Natrah Khalid, Daniel Fong, Nasha Aziz, Cat Farish dan ramai lagi.

  • Bella Dowanna sebagai Liza
  • Nia Atasha sebagai Elena
  • Dini Schatzmann sebagai Adam
  • Daniel Cheang sebagai Fab
  • Linda Hashim sebagai Kak Ju
  • Natrah Khalid sebagai Alicia
  • Daniel Fong sebagai Saga

⏩ Tonton Drama IMperfect Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Liza iaitu seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan mahukan untuk menjadi pembantu peribadi kepada seorang influencer media sosial yang sangat dikaguminya iaitu Elena.

Atas usaha yang dilaluinya, siapa sangka akhirnya Liza berjaya memenui impiannya tersebut apabila diterima untuk menjadi pembantu kepada Elena. Sejak daripada itulah, hubungan persahabatan mereka menjadi rapat, akrab dan mempercayai satu sama lain.

Walaubagaimanapun, setiap yang indah tidak kekal lama termasuklah hubungan baik antara mereka apabila Liza mula cemburu dengan kehidupan Elena yang serba mewah sehinggalah satu tragedi buruk yang tidak diingini berlaku.

Apa yang terjadi antara mereka? Untuk ketahui kejadian sebenar, anda kena tonton sendiri drama ini di tv.

Drama IMperfect Di Astro Ria

Drama IMperfect Di Astro Ria

Drama IMperfect Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post