Drama Sekali Lagi Cinta Kembali Di TV3

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali Di TV3

Saksikan drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang akan menemui penonton mulai 13 September 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 7.00 malam menerusi slot Akasia TV3 atau boleh juga strim secara online di iQIYI Malaysia.

Drama 28 episod ini merupakan adaptasi novel Sekali Lagi Cinta Kembali karya Anna Milia yang mana merupakan terbitan syarikat produksi A. Aida Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Riza Baharudin dengan penghasilan skrip daripada Rehal Nuharis.

Sinopsis Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang menggantikan Ku Punya Hati menampilkan barisan pelakon seperti Siti Khadijah Halim, Aniq Suhair, Zaki Azeman, Fazlina Ahmad Daud, Kismah Johar, Syamim Farid, Nina KSC, Shatirah Amanda, Ellyas Abdullah, Siti Hariesa, Kuza, Raja Azmi, Izzendra dan ramai lagi.

  • Siti Khadijah sebagai Aira
  • Aniq Suhair sebagai Hayyat
  • Zaki Azeman sebagai Zafran
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Aida
  • Kismah Johar sebagai Neksom
  • Syamim Farid sebagai Heliza
  • Kuza sebagai Rozita
  • Raja Azmi sebagai Badariah
  • Ellyas Abdullah sebagai Imran
  • Izzendra sebagai Amberlyn

⏩ Tonton Drama Sekali Lagi Cinta Kembali Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang kehidupan Aira yang membawa diri setelah Imran berkahwin dengan adiknya, Hana dan bekerja di sebuah pusat terapi.

Kerana kesilapan yang dilakukan ketika bekerja tersebut, Aira terpaksa berhenti dan menjadi pengasuh Syafi dan membetulkan kembali keadaan dengan menyatukan semula keluarga Zafran.

Dari situ juga, Aira bertemu dengan Hayyat, abang kepada Zafran yang sering kali cuba untuk mencari gaduh dengannya. Dari benci bertukar cinta, dalam diam Hayyat jatuh cinta kepada Aira.

Kisah silam Hayyat terbongkar. Jika Imran digelar spesies virus, Hayyat pula ibarat bom atom. Boleh membunuh Aira bila-bila masa sahaja.

Namun, Aira hanya mempunyai dua pilihan. Pilih si virus yang kini bergelar duda atau menerima bom atom. Aira perlu cari jalan keluar daripada permainan yang dia sendiri cipta.

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali Di TV3

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali Di TV3

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post