Drama Senduk Swap Di Ta-Daa

Drama Senduk Swap Di Ta-Daa

Saksikan drama komedi Senduk Swap yang akan mula menemui penonton pada 9 September 2022, setiap hari Jumaat pada jam 3.00 petang dan ulangan 9.00 malam menerusi Astro Ta-Daa 612 atau boleh juga strim secara online di astrogo.astro.com.my

Drama 8 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Grim Film Sdn. Bhd. dan ianya diarahkan oleh Jared Lee.

Sinopsis Drama Senduk Swap

Drama Senduk Swap menampilkan barisan pelakon seperti Qasrina Karim, Emma Sofea, Dato' Sri Eizlan Yusof, Fatimah Abu Bakar, Faiz Najib, Chalani Ganeson, Izzrin Irfan, Sham Sunder Binwani, Saiful Apek dan ramai lagi.

  • Qasrina Karim sebagai Ayu
  • Emma Sofea sebagai Ayu
  • Fatimah Abu Bakar sebagai Opah
  • Dato' Sri Eizlan Yusof sebagai Dato Malek
  • Faiz Najib sebagai Din
  • Sham Sunder Binwani sebagai Uncle Ravi

⏩ Tonton Drama Senduk Swap Disini - Link 1 | Link 2

Ianya merupakan sebuah drama komedi kekeluargaan kulinari dan fantasi yang mana mengisahkan tentang dua remaja iaitu Ayu dan Sofea yang berasal daripada dua latar belakang yang jauh berbeza.

Ayu merupakan seorang OCD (Semua mesti lengkap dan bersih) yang berasal dari kampung dan berazam untuk belajar di Akademi Senduk Emas (ASE) dan ingin menjadi chef terkenal seperti ibu bapanya.

Manakala Sofea anak orang kaya, seorang influencer dan fashionista yang bercita-cita untuk sambung belajar ke Paris. Walaubagaimanapun ayahnya, Dato Malek iaitu seorang Chef mahukan anaknya untuk belajar di kolej kulinari sama sepertinya dahulu.

Mereka berjumpa pada hari pembukaan kolej dan terjadi sebuah kejadian misteri yang mana membuatkan mereka tertukar badan. Ayu dan Sofea perlu mengatasi kelemahan masing-masing untuk mendapatkan hidup mereka kembali.

Drama Senduk Swap Di Ta-Daa

Drama Senduk Swap Di Ta-Daa

Drama Senduk Swap Di Ta-Daa

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Senduk Swap Di Ta-Daa"