Filem Abang Long Fadil 3 Di Pawagam Mulai 8 September Ini

Filem Abang Long Fadil 3 Di Pawagam Mulai 8 September Ini

Saksikan filem Abang Long Fadil 3 yang akan menemui penonton serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 8 September 2022 (Khamis). Jadi jangan terlepas untuk dapatkan tiket wayang anda sekarang untuk menjadi penonton terawal.

🎫 Dapatkan tiket wayang murah - disini

Abang Long Fadil 1 kita dapat lihat dalam dunia gangster dan kemudian di Abang Long Fadil 2 ala-ala mafia dan untuk siri yang ketiga ini, Abang Long Fadil menjadi seorang ejen atau spy bagi mengalahkan musuhnya.

Filem ini merupakan terbitan syarikat produksi antara Skop Production dan Astro Shaw dan masih diarahkan oleh pengarah yang sama Syafiq Yusof yang mana juga terlibat dalam penghasilan lakon layar bersama MF Kencana dan Effindi K.

Pelakon & Watak

Abang Long Fadil 3 menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zizan Razak, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato' AC Mizal, Ozlynn Waty, Kazar Saisi, Khir Rahman, Shuib, Siraj Alsagoff, Joe Daud, Tania Hudson, Daniella Sya, Jay Iswazir, Wak Doyok, Hairul Azreen dan ramai lagi.

  • Zizan Razak sebagai Fadil
  • Johan sebagai Chow Han
  • Elizabeth Tan sebagai Alice
  • Maya Karin sebagai Ejen Maya
  • AC Mizal sebagai King Cobra
  • Ozlynn Waty sebagai Ocy Lin
  • Kazar Saisi sebagai Chief Kazar
  • Khir Rahman sebagai Presiden Republik Nusantara
  • Shuib Sepahtu sebagai Inspektor Shuib

Sinopsis Filem Abang Long Fadil 3

Filem ini mengisahkan tentang kehidupan Fadil yang mendapat tawaran daripada NSS (National Secret Service) untuk menjadi seorang spy, ejen atau perisik profesional dalam menjatuhkan kumpulan samseng terbesar SSO (Secret Society Organization) yang diketuai oleh Chow Han yang.

Chow Han bersama kumpulannya mempunyai niat jahat untuk menakluki negara Nusantara dan mengambil alih kerajaan daripada Presiden Republik Nusantara tersebut. Jadi Ejen Fadil bersama Ejen Alice bekerjasama untuk menumpaskan konspirasi jahat Chow Han tersebut.

Akan tetapi misi tersebut menjadi semakin rumit apabila bekas teman wanita Fadil iaitu Yana menggangu misi NSS tersebut sekali gus melambatkan misi yang telah ditetapkan oleh Chief Kazar.

Chow Han menyedari bahawa dia telah diintip oleh NSS, jadi dia menghantar seorang pembunuh Raja Cobra untuk menghapuskan Fadil dan Alice. Mampukah Fadil menyempurnakan misi menyelamatkan negara ini? Semuanya akan terjawab dalam Abang Long Fadil 3.

Filem Abang Long Fadil 3 Di Pawagam Mulai 8 September Ini

Filem Abang Long Fadil 3 Di Pawagam Mulai 8 September Ini

Filem Abang Long Fadil 3 Di Pawagam Mulai 8 September Ini

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post