Filem Ada Hantu 2 Di Pawagam Mulai 15 September Ini

Filem Ada Hantu 2

Saksikan filem Ada Hantu 2 yang akan menemui penonton dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 15 September 2022 (Khamis). Jadi jangan terlepas untuk dapatkan tiket wayang anda sekarang untuk menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini.

🎫 Dapatkan tiket wayang murah - disini

Ada Hantu 2 diterbitkan setelah kejayaan Ada Hantu yang memberangsangkan sebelum ini yang ditayangkan di platform penstriman Disney+ Hotstar. Kali ini bakal menemui penonton di skrin yang lebih besar iaitu di pawagam.

Filem ini diterbitkan oleh syarikat produksi Act 2 Pictures Sdn. Bhd. dan Hairul Azreen sekali lagi bertindak sebagai pengarah untuk sekuel kali ini. Manakala lakon layar daripada Adrian dan Amar Amir.

Pelakon

Ada Hantu 2 menampilkan barisan pelakon seperti musim pertama iaiu Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Hairul Azreen, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, Sophia Albarakbah, Fify Azmi, Henley Hii, Theebaan G, Rubini Sambanthan, Dafi Ismail Sabri, Rubini Rubi dan ramai lagi.

  • Zahiril Adzim sebagai Aliff
  • Shiqin Kamal sebagai Bariah
  • Hairul Azreen sebagai Talha
  • Elvina Chua sebagai Sasha
  • Nafiez Zaidi sebagai Jimmy
  • Fify Azmi sebagai Anita
  • Sophia Albarakbah sebagai Farah
  • Theebaan G sebagai Suresh
  • Dafi sebagai Amir
  • Rubini Rubi sebagai Hana

Sinopsis Filem Ada Hantu 2

Filem Ada Hantu 2 kali ini masih mengisahkan tentang lima rakan iaitu Aliff, Bariah, Talha, Jimmy dan Sasha yang kembali semula ke banglo lama milik arwah nenek Bariah.

Misi kali ini untuk kembali ke banglo tersebut adalah untuk mencari hantu Jepun dan hantu Kimono yang pernah muncul dalam mimpi Bariah sebelumnya.

Namun mereka lima sekawan itu menghadapi beberapa insiden huru-hara di banglo itu terutama apabila mereka menemui satu lagi pintu misteri yang berada di dalam bilik pembantu rumah.

Apa yang berlaku seterusnya akan membuatkan anda terkedu…

Filem Ada Hantu 2

Filem Ada Hantu 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post