Jadual Acara Sukan Berbasikal Trek SUKMA 2022

Jadual acara sukan Berbasikal Trek SUKMA 2022

Acara Berbasikal Trek untuk temasya SUKMA 2022 atau dikenali juga dengan SUKMA XX MSN 2022 akan berlangsung dari 19 September hingga 22 September 2022 bertempat di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.

Secara keseluruhan bagi sukan Berbasikal sebanyak 15 pingat dipertaruhkan untuk kategori lelaki dan 15 pingat untuk kategori wanita. Untuk acara Berbasikal Trek sahaja sebanyak 8 pingat yang disediakan masing untuk kategori lelaki dan wanita.

Acara-acara yang dipertandingkan untuk Berbasikal-Trek adalah :

  • Sprint
  • Kilometer Ujian Masa 
  • Individual Pursuit
  • Keirin
  • Scratch Race
  • Omnium
  • Team Sprint
  • Team Pursuit

SUKMA XX MSN 2022

Acara dwi-tahunan ini sepatutnya dilangsungkan pada tahun 2020 yang lalu dimana Johor menjadi tuan rumah. Akan tetapi ekoran pandemik yang berlaku di Malaysia, temasya itu terpaksa ditangguhkan dan Johor akan kembali menjadi tuan rumah untuk edisi ke-21 iaitu tahun 2024.

Untuk edisi ke-20 bagi tahun 2022 ini, Majlis Sukan Negara (MSN) sendiri akan menganjurkan dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah iaitu bermula 16 hingga 24 September 2022. Selain itu, beberapa venue lain juga digunakan seperti di Negeri Sembilan dan Langkawi. 

Kita bakal menyaksikan pelapis-pelapis negara yang mewakili negeri masing-masing iaitu 13 negeri dan Wilayah Persekutuan termasuk Brunei akan bersaing dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dalam 31 jenis sukan dengan melibatkan 426 acara.

Selain itu, dimaklumkan bagi kesemua acara sukan yang berlangsung di SUKMA 2022, anda boleh masuk secara percuma sama ada di stadium, dewan, kompleks sukan dan sebagainya. Jadi ajak ramai-ramai untuk menyokong atlet yang bertanding sepanjang temasya berlangsung.

Jadual Penuh Acara Berbasikal Trek SUKMA 2022

Acara Berbasikal-Trek akan berlangsung selama 4 hari dengan bermula pada peringkat kelayakan bagi kesemua acara yang dipertandingkan sehinggalah peringkat akhir. Ada acara yang hanya mengambil masa sehari sahaja berlangsung.

  • 19 September 2022 : Penyampaian Pingat Team Pursuit (L/W), Spirnt (L/W)
  • 20 September 2022 : Penyampaian Pingat Team Sprint (L), 500M (W), Omnium (W), 4KM Individual Pursuit (L)
  • 21 September 2022 : Penyampaian Pingat Team Sprint (W), Kilometer (L), Omnium (L), 3KM Individual Pursuit (W)
  • 22 September 2022 : Penyampaian Pingat Scratch Rave (L/W), Keirin (L/W)

Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Anda boleh rujuk jadual dibawah bagi kesemua acara yang melibatkan sukan Berbasikal Trek

Jadual acara sukan Berbasikal Trek SUKMA 2022

Jadual acara sukan Berbasikal Trek SUKMA 2022

Jadual acara sukan Berbasikal Trek SUKMA 2022

Jadual acara sukan Berbasikal Trek SUKMA 2022

Datanglah beramai-ramai di Velodrom Nasional Malaysia. Masuk adalah percuma.

Untuk dapatkan keputusan penuh bagi setiap acara yang dipertandingkan, anda boleh rujuk laman web rasmi SUKMA 2022 di sukma2022.nsc.gov.my. Disini juga anda boleh ketahui jadual penuh dan kedudukan pingat yang berjaya dimenangi bagi setiap pasukan

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post