Jadual Acara Sukan Ragbi SUKMA 2022

Jadual Acara Sukan Ragbi SUKMA 2022

Acara Ragbi untuk temasya SUKMA 2022 atau dikenali juga dengan SUKMA XX MSN 2022 akan berlangsung dari 19 September hingga 22 September 2022 bertempat di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam.

Secara keseluruhannya bagi sukan Ragbi sebanyak 2 pingat emas dipertaruhkan iaitu 1 pingat emas untuk kategori lelaki dan 1 pingat emas untuk kategori wanita dimana mendapat penyertaan daripada 14 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita.

SUKMA XX MSN 2022

Acara dwi-tahunan ini sepatutnya dilangsungkan pada tahun 2020 yang lalu dimana Johor menjadi tuan rumah. Akan tetapi ekoran pandemik yang berlaku di Malaysia, temasya itu terpaksa ditangguhkan dan Johor akan kembali menjadi tuan rumah untuk edisi ke-21 iaitu tahun 2024.

Untuk edisi ke-20 bagi tahun 2022 ini, Majlis Sukan Negara (MSN) sendiri akan menganjurkan dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah iaitu bermula 16 hingga 24 September 2022. Selain itu, beberapa venue lain juga digunakan seperti di Negeri Sembilan dan Langkawi. 

Kita bakal menyaksikan pelapis-pelapis negara yang mewakili negeri masing-masing iaitu 13 negeri dan Wilayah Persekutuan termasuk Brunei akan bersaing dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dalam 31 jenis sukan dengan melibatkan 426 acara.

Selain itu, dimaklumkan bagi kesemua acara sukan yang berlangsung di SUKMA 2022, anda boleh masuk secara percuma sama ada di stadium, dewan, kompleks sukan dan sebagainya. Jadi ajak ramai-ramai untuk menyokong atlet yang bertanding sepanjang temasya berlangsung.

Undian Peringkat Kumpulan Sukan Ragbi SUKMA 2022

Acara Ragbi bagi SUKMA 2022 adalah 7-sebelah dengan melibatkan 4 kumpulan kategori lelaki dan 4 kumpulan kategori wanita.

[Lelaki]

Kumpulan A - Pahang, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang

Kumpulan B - Melaka, Perlis, Perak, Perak, Johor

Kumpulan C - Negeri Sembilan, Kelantan, Wilayah Persekutuan

Kumpulan D - Selangor, Sabah, Sarawak

[Wanita]

Kumpulan E - Sarawak, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan

Kumpulan F - Perlis, Pahang, Melaka

Kumpulan G - Kedah, Selangor, Terengganu

Kumpulan H - Sabah, Perak, Johor

Jadual Dan Keputusan Acara Sukan Ragbi SUKMA 2022

Acara Ragbi akan diakan selama 4 hari dimana kategori dan wanita diadakan serentak dalam hari yang sama. Dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan bertanding dalam suku akhir. Pasukan yang menang akan layak ke separuh akhir.

  • Pusingan Awal : 19-20 September 2022
  • Pusingan Pingat/Plate/Bowl : 21-22 September 2022

Live Streaming (akan dikemaskini) : Link 1 | Link 2 | Link 3

Anda boleh rujuk jadual dibawah bagi sukan Ragbi SUKMA 2022

Jadual Acara Sukan Ragbi SUKMA 2022

Jadual Acara Sukan Ragbi SUKMA 2022

Jadual Acara Sukan Ragbi SUKMA 2022

Datanglah beramai-ramai di Padang Ragbi, Kompleks Sukan UiTM Shah Alam. Masuk adalah percuma.

Untuk dapatkan keputusan penuh bagi setiap acara yang dipertandingkan, anda boleh rujuk laman web rasmi SUKMA 2022 di sukma2022.nsc.gov.my. Disini juga anda boleh ketahui jadual penuh dan kedudukan pingat yang berjaya dimenangi bagi setiap pasukan

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jadual Acara Sukan Ragbi SUKMA 2022"