Senarai Peserta Fit For Action TV3

Senarai Peserta Fit For Action TV3

TV3 bakal menayangkan sebuah program pencari bakat baru yang digelar dengan Fit For Action dimana ianya berkonsepkan cabaran lakon layar dan fizikal untuk mencari pelakon lelaki dan wanita versatil Malaysia.

Ini sekali gus bakal melahirkan barisan pelakon-pelakon baru untuk industri seni tanah air yang lebih bermutu dan berilmu. Mereka seramai 12 peserta terdiri daripada 6 lelaki dan wanita akan berguru dan belajar dengan mereka yang lebih arif dalam dunia industri seni.

Program ini akan berlangsung selama 6 minggu dan setiap minggu para peserta akan diberi tugasan atau cabaran video lakon-layar (on-screen challenge video) yang mana perlu menjayakan satu babak lakonan mengikut skrip yang diberikan.

Oleh itu, mereka akan belajar bersama tiga pengarah berkaliber seperti Heykal Hanifah, Aziz M Osman dan Ellie Suriaty. Selain daripada cabaran lakonan, mereka juga perlu mengharungi cabaran fizikal dimana mereka akan berguru dengan Nana Al-Haleq sebagai juri dan juga jurulatih fizikal.

Tiga pengarah tersebut juga akan bersama-sama Datuk Yusof Haslam yang memainkan peranan penting selaku ketua juri Fit For Action sepanjang program ini berlangsung. Selain itu, terdapat juga juri jemputan yang berlainan bakal ditampilkan setiap minggu 

Fahrin Ahmad dan Hunny Madu menggalas tanggungjawab sebagai hos bagi mengendalikan program yang bakal disiarkan mulai 3 September 2022, setiap hari Sabtu, jam 10.00 malam yang disiarkan di TV3 ini. Boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my

Senarai Peserta Fit For Action TV3

Berikut merupakan senarai 12 peserta yang bertanding iaitu melibatkan 6 peserta lelaki dan 6 peserta wanita.

1.  Danish

Danish

Nama : Danish Hakim
Umur : 19 Tahun
Asal : Selangor
Instagram : @danishhakimofficial

2.  Marc

Marc

Nama : Marc Syahmie
Umur : 23 Tahun
Asal : Selangor
Instagram : @marcsyahmie

3.  Zooey

Zooey

Nama : Zoey Amir
Umur : 29 Tahun
Asal : Sabah
Instagram : @ohzooey

4.  Syahmi

Syahmi

Nama : Syahmie Thsaqeef
Umur : 28 Tahun
Asal : Kuala Lumpur
Instagram : @syahmie.thaqeef

5.  Raden

Raden

Nama : Raden Zaharatul
Umur : 23 Tahun
Asal : Selangor
Instagram : @radenzaharatul

6.  Muaz

Muaz

Nama : Muaz Zabir
Umur : 25 Tahun
Asal : Selangor
Instagram : @muaz.zabir

7.  Lisa

Lisa

Nama : Erne Marina Ainalisa
Umur : 28 Tahun
Asal : Johor
Instagram : @lisamarina_fifpro

8.  Lenny Jemat

Lenny Jemat

Nama : Lenny Jemat
Umur : 29 Tahun
Asal : Sarawak
Instagram : @lennyje

9.  Kavitha

Kavitha

Nama : Kavita Gnanesageran
Umur : 34 Tahun
Asal : Kuala Lumpur
Instagram : @kgkavita

10.  Amir

Amir

Nama : Amir Mirza
Umur : 24 Tahun
Asal : Selangor
Instagram : @amir__mirza

11.  Amanda

Amanda

Nama : Amanda Tan
Umur : 29 Tahun
Asal : Perak
Instagram : @amandatpf

12.  Aidil

Aidil

Nama : Aidil Afizin
Umur : 20 Tahun
Asal : Sabah
Instagram : @aidil.afizin


1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post