Telefilem Kari Ayam Mama Di TV9

Telefilem Kari Ayam Mama Di TV9

Saksikan telefilem Kari Ayam Mama yang akan menemui penonton pada 12 September 2022, hari Isnin pada jam 8.30 malam menerusi slot Kuasa 3 Malam di TV9 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my

Tayangan asal adalah pada tahun 2021. Telefilem ini merupaakn terbitan syarikat produki Saphire Screen Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ismail 'Bob' Hashim dengan penulisan skrip daripada Azlina Din.

Sinopsis Telefilem Kari Ayam Mama

Telefilem Kari Ayam Mama menampilkan barisan pelakon seperti Amyra Rosli, Izzue Islam, Datuk Rahim Razali, Adeline Tsen, Sangeeta Krishnasamy, Mior Darwish, Melanie Tan, Eryn Ghani, Ranjini Devi dan ramai lagi.

  • Amyra Rosli sebagai Nia
  • Izzue Islam sebagai Rash
  • Datuk Rahim Razali sebagai Tok Man

⏩ Tonton Telefilem Kari Ayam Mama Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Nia iaitu seorang gadis cantik yang sentiasa menjaga penampilan dan seringkali mendapat perhatian lelaki. Namun, Nia masih tidak boleh menerima kehadiran teman istimewa dalam hidupnya.

Rash pula adalah jiran baharu Nia dan mereka seringkali bergaduh semenjak kehilangan pokok daun kari milik Nia. Setiap pagi Nia pasti akan menyiram pokok kari yang ada di depan rumah.

Sudah dua tahun pokok kari itu berjasa dalam masakan Nia. Tambahan pula, datuknya Tok Man yang tinggal bersama, memang suka makan kari ayam. Tapi pagi itu Nia terperanjat apabila mendapati pokok kari itu telah hilang dan dipindahkan ke belakang rumah jirannya, Rash.

Nia tidak puas hati. Dia menggunakan kayu dan tali untuk menarik pasu pokok kari itu agar dekat dengan rumahnya, biar senang dicapai. Akhirnya pergaduhan tersebut telah memikat hati masing-masing.

Apakah pengakhiran kisah Nia dan Rash? Adakah cinta mereka akhirnya bersatu?

Telefilem Kari Ayam Mama Di TV9

Telefilem Kari Ayam Mama Di TV9

Telefilem Kari Ayam Mama Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post