Telefilem Renjana Di TV9

Telefilem Renjana Di TV9

Saksikan telefilem Renjana yang akan menemui penonton pada 5 September 2022, hari Isnin pada jam 8.30 malam menerusi slot Kuasa 3 Malam di TV9 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shuhaimi Lua Abdullah dengan nukilan skrip daripada Syed Mohamad Taufik.

Sinopsis Telefilem Renjana

Telefilem Renjana menampilkan barisan pelakon seperti Amelia Henderson, Ungku Ismail Aziz, Aidit Noh, Nik Adam Mika, Adeline Tsen, Faizul, Farra Shaharudin, Lyna Taufek, Norazlina Ismail dan ramai lagi.

  • Amelia Henderson sebagai Nora
  • Ungku Ismail Aziz sebagai Iqbal
  • Aidit Noh sebagai Mikaad
  • Nik Adam Mika sebagai Adib

⏩ Tonton Telefilem Renjana Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang kehidupan rumahtangga Nora iaitu seorang wanita muda dan suaminya Iqbal yang bahagia dimana mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang pintar, Adib.

Apatah lagi Iqbal kini telah dinaikkan menjadi orang terpenting dalam syarikat. Namun, Iqbal tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya.

Nora terpaksa akur dengan permintaan suaminya untuk berpindah ke rumah baharu jauh dari keluarga mereka berdua. Iqbal percaya, Nora mampu menjaga rumah tangganya dengan baik.

Nora menjalani kehidupan biasa sebagai seorang surirumahtangga, hingga rakan baiknya, Izyan merasakan kehidupan Nora amat membosankan. Bagi Nora pula, dia merasakan hidupnya telah lengkap dan bahagia.

Konflik bermula setelah Izyan menegur bentuk badan Nora yang makin berisi, sangat berbeza jika dibandingkan sewaktu Nora di kolej dahulu. Insiden itu telah mengganggu fikiran Nora yang selalu berfikiran negatif.

Izyan, rakan baik Nora yang masih belum berkahwin pula seorang yang obses dengan bentuk badannya mengajak Nora untuk ke gym. Disinilah dia mula rapat dengan jurulatih di gym tersebut, Mikaad.

Lama kelamaan, hubungan Nora dan Mikaad semakin rapat mula hanyut dalam lamunan. Sejak dari itu, Nora mula mengabaikan anaknya, Adib sehingga berlakunya perkara yang tidak diingini.

Adakah Nora mampu menyelamatkan keadaan dan bagaimana dia akan berdepan dengan suaminya Iqbal nanti?

Telefilem Renjana Di TV9

Telefilem Renjana Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post