Telefilem Simpang Sejenak Di TV3

Telefilem Simpang Sejenak Di TV3

Saksikan telefilem Simpang Sejenak yang akan menemui penonton pada 11 September 2022, hari Ahad pada jam 10.30 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my

Idea asal bagi telefilem ini diilham oleh Mohd Haniff Kulai dan kemudian diterbitkan oleh syarikat produksi Country & Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh Mohd Latiff Zami aka Yeop Hitler dengan nukilan skrip daripada Sofia J Rhyland.

Sinopsis Telefilem Simpang Sejenak

Telefilem Simpang Sejenak menampilkan barisan pelakon seperti Syazwan Zulkifly, Azira Shafinaz, Azri Iskandar, Ellie Suriaty, Raysha Rizrose, Duerra Mitilda, Raja Hakim DFKL, Zazly Baginda, Talha Harith, Nisa Rissa dan ramai lagi.

  • Syazwan Zulkifly sebagai Hanif
  • Azira Shafinaz sebagai Manis
  • Raysha Rizrose sebagai Iza
  • Azri Iskandar sebagai Wan Usin
  • Ellie Suriaty sebagai Anom
  • Duerra Mitilda sebagai Tisya

⏩ Tonton Telefilem Simpang Sejenak Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Hanif iaitu seorang pemandu kereta sewa di sekitar Johor. Kisah bermula apabila Usin meminta bantuan Hanif untuk menjemputkan di Batu Pahat.

Dalam perjalanan tersebut, Hanif terserempak dengan seorang wanita misteri bernama Manis. Dia meminta bantuan Hanif untuk hantarkannya pulang ke rumah. Lalu Hanif sedia menawarkan diri untuk menghantarnya.

Setelah peristiwa tersebut, Hanif dilaporkan hilang beberapa hari sehinggalah berjaya ditemukan. Sejak dari itu juga, Hanif telah mengabaikan isteri dan keluarganya dan hanya terbayang-bayangkan Manis sahaja.

Telefilem Simpang Sejenak Di TV3

Telefilem Simpang Sejenak Di TV3

Telefilem Simpang Sejenak Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post