Drama One Cent Thief Di Astro Ria

Drama One Cent Thief Di Astro Ria

Saksikan drama Astro Originals, One Cent Thief yang akan menemui penonton mulai 8 Oktober 2022, setiap hari Sabtu pada pukul 11.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di Astro Go.

Drama bersiri 8 episod ini diinspirasikan daripada kejadian sebenar yang pernah berlaku di Malaysia dan menggemparkan seluruh negara pada era awal 90-an berkaitan dengan jenayah siber iaitu rompakan bernilai 1 sen.

Naskah ini diterbitkan dengan kerja sama syarikat produksi Astro Shaw Sdn. Bhd. dan Independent Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ariff Zulkarnain dengan nukilan skrip daripada Alfie Palermo, Natasha Azlan, Ashraf Modee Zain dan Zaim Zakki.

OST Drama

Tajuk Lagu : Diskusi
Penyanyi : Lil J & Putera Muhammad
Komposer : Amy Bong & Wan Saleh
Penulis Lirik : Amy Bong, Ateh Zack & Lil J

Sinopsis Drama One Cent Thief

Drama One Cent Thief menampilkan barisan pelakon hebat Malaysia seperti Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Fabian Loo, Sofia Jane, Amerul Affendi, Aghonderan Sahadevan, Carmen Soo, Amir Nafis, Fadhli Masoot, Aleza Shadan, Carmen Soo dan ramai lagi.

  • Syafiq Kyle sebagai Iman Shah
  • Faizal Hussein sebagai Abah
  • Azira Shafinaz sebagai Intan
  • Fabian Loo sebagai Ash Lee
  • Sofia Jane sebagai Ibu Zara
  • Amerul Affendi sebagai Kadak
  • Aghonderan Sahadevan sebagai Devan

⏩ Tonton Drama One Cent Thief - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Iman Shah iaitu seorang pekerja bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang abahnya kepada ceti haram.

Dengan menggunakan kepintarannya, dia telah menggodam sistem Bintang Bank untuk mencuri 1 sen daripada setiap akaun pelanggan bank tersebut. Disebabkan itu, dia berjaya mendapatkan sejumlah wang yang besar.

Akan tetapi, disebabkan perbuatanya tersebut ianya telah membawa mereka ke situasi dan keadaan yang semakin membahayakan. Apakah yang terjadi kepada 'hacker' Iman Shah pada akhirnya?

Drama One Cent Thief Di Astro Ria

Drama One Cent Thief Di Astro Ria

Drama One Cent Thief Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post