Filem Biko Di Pawagam Mulai 13 Oktober Ini

Filem Biko Di Pawagam

Saksikan filem Biko yang akan menemui penonton dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 13 Oktober 2022 (Khamis). Jangan terlepas untuk menjadi penonton yang terawal untuk saksikannya.

🎫 Dapatkan tiket wayang murah - disini

Sebuah filem dengan genre drama romantik yang pastinya akan menyentuh hati dan perasaan kepada yang menontonya. Katanya siap-siap dengan tisu pastinya ada air mata yang akan menitis sepanjang penceritaan.

Naskah ini merupakan terbitan Multimedia Film Productions Sdn. Bhd., diarahkan oleh Teng Bee dengan penghasilan dan lakon layar daripada Pouvin dan Tommy Loh.

OST Filem

Tajuk Lagu : Cinta Dirimu
Penyanyi : Baby Shima
Komposer : Teng Bee
Penulis Lirik : Teng Bee

Sinopsis Filem Biko

Filem Biko menampilkan barisan pelakon seperti Azrel Ismail, Syed Irfan, Sara Ali, Baby Shima, Josiah Hogan dan ramai lagi.

  • Azrel Ismail sebagai Izwan
  • Syed Irfan sebagai Biko
  • Sara Ali sebagai Sherry
  • Baby Shima sebagai Sara
  • Josiah Hogan sebagai Amir

Ianya mengisahkan tentang seorang bapa tunggal iaitu Izwan yang telah lama mengimpikan kehidupan yang selesa untuk anaknya, Biko.

Sebagai seorang pemandu lori, Izwan berusaha untuk membeli sebuah rumah namun setelah ditipu seorang broker, impian memiliki rumah kini tertangguh.

Keadaan jadi semakin rumit apabila mereka telah dihalau keluar daripada rumah sewa mereka kerana gagal membayar sewa. Kerana kesimpitan wang, Izwan dan Biko terpaksa menetap di dalam lori.

Sherry, rakan baik Izwan serta ibu angkat Biko, membawa Biko ke uji bakat penggambaran muzik video penyanyi popular antarabangsa, Sara.

Tanpa diketahui oleh orang lain, Izwan dan Sara mempunyai kisah silam bersama sehingga mencetukan pelbagai konflik dalam hidupnya.

Filem Biko Di Pawagam

Filem Biko Di Pawagam

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post