Filem Siku 12 : Langkah Derhaka Di Pawagam Mulai 27 Oktober Ini

Filem Siku 12: Langkah Derhaka Di Pawagam Mulai 27 Oktober Ini

Saksikan filem Siku 12: Langkah Derhaka yang akan menemui penonton dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 27 Oktober 2022 (Khamis). Jangan terlepas untuk menjadi penonton terawal untuk menyaksikannya.

🎫 Dapatkan tiket wayang murah - disini

Sebuah filem aksi yang mengetengahkan kehebatan seni persilatan Melayu dan seni mempertahankan diri Muay Thai yang anda boleh saksikan sepanjang penceritaan disamping menyelitkan konflik cinta dan persahabatan.

Naskah ini merupakan terbitan Power Team Entertainment Sdn. Bhd., diarahkan oleh Azhari Zain dimana karya asal dan penulisan skrip adalah daripada Power Team Sdn. Bhd.

Sinopsis Filem Siku 12: Langkah Derhaka

Filem Siku 12: Langkah Derhaka menampilkan barisan pelakon seperti Syafiq Kyle, Zahiril Adzim, Moon, Lobak, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar, Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh dan ramai lagi.

  • Syafiq Kyle sebagai Atid
  • Zahiril Adzim sebagai A-Wut
  • Moon sebagai Nawari
  • Lobak sebagai Nafisha
  • Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar sebagai Ayahman
  • Pon sebagai Chiwadong The Dragon
  • Anas Mentor sebagai Ben Mustaza
  • Shahmiey Odd sebagai Husin Lang Merah

Ianya mengisahkan tentang Atid dan A Wut yang berketurunan Siam dimana mereka berdua adalah sahabat baik yang tinggal di sebuah Kampung Siam di Pendang, Kedah.

Mereka sangat meminati seni mempertahankan diri Muay Thai, apatah lagi, pertandingan Muay Thai dianjurkan selepas padi dituai dan terbuka kepada peninju dari Thailand, setiap tahun.

Bapa Atid iaitu Ayah Man pernah belajar ilmu persilatan Seni Silat Tua Melayu Permainan Siku 12 dengan Tuan Guru Haji Zainal. Semasa berlawan dengan beberapa perompak bersama sahabatnya, Harun, Ayah Man secara tidak sengaja tertikam salah seorang perompak.

Harun menyuruh Ayah Man melarikan diri ke kampung isterinya di Pattani. Kerana peristiwa itu, Harun berkorban dan akhirnya meninggal dalam penjara. Apabila isterinya meninggal, Ayah Man berpindah ke Pendang bersama Atid dan hidup secara sederhana sebagai petani dan tukang kayu.

Bermula dari itulah, Atid dapat melihat ketangkasan bapanya bersilat sehingga dapat menumbangkan lintah darat di kampung. la membuatkan Atid ingin mengetahui apakah jurus persilatan digunakan oleh ayahnya.

Atid beriya-iya mahu bapanya mengajar jurus persilatan, biarpun Ayah Man cuba mengelak dan merahsiakan ilmu persilatan Siku 12 akibat sejarah hitam bersama Harun. Walaupun begitu, atas desakan Atid, Ayah Man bersetuju menurunkan ilmu persilatan Siku 12, jurus yang dapat menjatuhkan musuh sekelip mata iaitu jurus Langkah Derhaka walaupun dalam masa sehari.

Namun, Atid tidak menyangka sahabatnya, A-Wut mengkhianatinya apabila mendengar Ayah Man menurunkan ilmu persilatan kerana beranggapan Atid mementingkan diri mempelajari ilmu berkenaan tanpanya.

Filem Siku 12: Langkah Derhaka Di Pawagam Mulai 27 Oktober Ini

Filem Siku 12: Langkah Derhaka Di Pawagam Mulai 27 Oktober Ini

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post