Filem Talbis Iblis Di Pawagam Mulai 20 Oktober Ini

Filem Talbis Iblis Di Pawagam Mulai 20 Oktober Ini

Saksikan filem Talbis Iblis yang akan menemui penonton dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 20 Oktober 2022 (Khamis). Jangan terlepas untuk menjadi penonton yang terawal untuk saksikannya.

🎫 Dapatkan tiket wayang murah - disini

Belum sempat ditayangkan di Malaysia, filem ini telah disenarai pendek dalam pertandingan Festival Filem Udine Far East (FEFF) di Itali dan telah mengadakan tayangan perdana di peringkat antarabangsa pada April yang lalu.

Naskah ini merupakan terbitan bersama enam syarikat penerbitan; Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures, A Next Star Productions, MM2 Entertainment dan Chain FX, diarahkan oleh Kabir Bhatia dengan nukilan skrip daripada Ajami Hashim dan Ashraf Modee Zain.

OST Filem

Tajuk Lagu : Harapan Penyambung Mimpi
Penyanyi : Indah Ruhaila
Komposer : Heidi Moru & Lo Shi Seng
Penulis Lirik : Habsah Hassan

Sinopsis Filem Talbis Iblis

Filem Talbis Iblis menampilkan barisan pelakon seperti Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Zaftfarrel Mikhael Felton, Sherie Merlis, Izzy Reef, Daniella Sya, Putri Syahadah Nurjannah dan ramai lagi.

  • Azira Shafinaz sebagai Hajar
  • Nasha Aziz sebagai Junaidah (Mak Ju)
  • Zul Ariffin sebagai Nasir
  • Amir Nafis sebagai Arshad
  • Jay Iswazir sebagai Zaini
  • Zaftfarrel Mikhael Felton sebagai Hazim
  • Sherie Merlis sebagai Bomoh

Ianya mengisahkan tentang Hajar yang memutuskan untuk melarikan diri dari Kuala Lumpur untuk melahirkan anak yang belum berkahwin bagi mengelakkan orang ramai mengetahui yang dia hamil.

Oleh itu, Arshad menghantar Hajar tinggal bersama Mak Ju iaitu seorang bidan yang pakar dalam memberikan penjagaan terbaik dan sulit sebelum dan selepas kehamilan.

Mak Ju memberikan penjagaan, pertimbangan, kasih sayang ibu kepada Hajar, dan yang paling penting, pemahaman yang tidak pernah dialami daripada ibunya.

Tetapi Hajar tidak sedar bahawa Mak Ju sedang mencari wadah jiwa yang sempurna untuk arwah anaknya, dan anak Hajar yang dalam kandungan boleh membantu menghidupkan kembali arwah anaknya.

Filem Talbis Iblis Di Pawagam Mulai 20 Oktober Ini

Filem Talbis Iblis Di Pawagam Mulai 20 Oktober Ini

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post