Jadual Perlawanan BWF World Junior Mixed Team Championships 2022

Jadual Perlawanan BWF World Junior Mixed Team Championships 2022

Kejohanan berpasukan campuran untuk BWF World Junior Championships 2022 akan berlangsung bermula 17 Oktober hingga 22 Oktober 2022 bertempat di Palacio de Deportes de Santander, Spain.

Kejohanan yang juga digelar sebagai Suhandinata Cup ini disertai oleh 38 negara dari seluruh dunia dan mereka dibahagikan dalam 8 kumpulan (A - H) dengan setiap daripadanya terdiri dariapda 4 atau 5 pasukan.

Kerana ianya kejohanan berpasukan campuran, maka ada 5 kategori yang dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita beserta beregu campuran.

Dapatkan Barangan Badminton Victor X Lee Zii Jia - DISINI & DISINI

Kejohanan : BWF World Junior Mixed Team Championships 2022
Tarikh : 17 - 22 Oktober 2022
Tempat : Palacio de Deportes de Santander, Spain

Undian Peringkat Kumpulan World Junior Mixed Team Championships 2022

Undian bagi peringkat kumpulan telah berlangsung bulan Ogos yang lalu bertempat di Kuala Lumpur. Malaysia telah diletakkan dalam Kumpulan 2 (Seeded 9-16). Selepas undian yang dibuat, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama Indonesia, Sweden dan Latvia.

Manakala tuan rumah Spain bakal berdepan 4 pasukan dalam Kumpulan F dengan Estonia, Belgium, Hong Kong dan Norway

  • Kumpulan A - Indonesia, Malaysia, Sweden, Latvia
  • Kumpulan B - India, Slovenia, Australia, China, Iceland
  • Kumpulan C - Germany, Peru, Portugal, Chinese Taipei, Georgia
  • Kumpulan D - England, Netherlands, Tahiti, Singapore, Canada
  • Kumpulan E - Denmark, Thailand, Finland, Slovakia, South Korea
  • Kumpulan F - Spain, Estonia, Belgium, Hong Kong, Norway
  • Kumpulan G - United States, Czech Republic, Turkey, Sri Lanka, Armenia
  • Kumpulan H - Ukrain, Hungary, Egypt, Japan

Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan World Junior Mixed Team Championships 2022

Disebabkan ini adalah kejohanan bagi pemain badminton junior, pastinya kita hanya akan nampak barisan pemain muda dimana mereka inilah pada masa akan datang bakal menggantikan pemain senior dimasa akan datang.

Lelaki

  • Choi Jian Sheng
  • Ewe Eogene
  • Goonting Bryan Jeremy
  • Justin Hoo
  • Kang Khai Xing
  • Low Han Chen
  • M Ariffin Nazri Mg Zakaria
  • M Fazriq Mohamad Razif
  • Poopathi Velayutham
  • Tai Aaron
  • Wong Vin Sean

Wanita

  • Chong Jie Yu
  • Gobi Vannee
  • Lai Ting Cen
  • Lee Xin Jie
  • Siti Nurshuhaini
  • Ong Xin Yee
  • Ting Carmen
  • Ung Yi Xing
  • Siti Zulaikha

Jadual & Keputusan Perlawanan World Junior Mixed Team Championships 2022

Kejohanan Suhandinata Cup ini akan berlangsung selama 6 hari bermula daripada peringkat kumpulan. 2 pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan mara ke pusingan kalah mati bermula peringkat Suku Akhir, Separuh dan Final.

Seperti biasa, bagi kejohanan dunia tiada wang tunai yang ditawarkan sebagai hadiah tetapi hanya medal emas, perak dan gangsa yang mana pemenang sekali gus peroleh gelaran Juara Remaja Dunia untuk tahun tersebut.

Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan yang hanya melibatkan pemain dan pasukan Malaysia sahaja sepanjang kejohanan berlangsung.

⏩ Tonton Live Streaming (akan dikemaskini) - Link 1 | Link 2

----------------------------------------------

17 Oktober 2022 (Isnin) 

18 Oktober 2022 (Selasa)

19 Oktober 2022 (Rabu)

20 Oktober 2022 (Khamis)

21 Oktober 2022 (Jumaat)

22 Oktober 2022 (Sabtu)

----------------------------------------------

Sepertinya admin tidak berkesempatan untuk kemaskini setiap jadual dan keputusan sepanjang kejohanan World Junior Mixed Team Championships 2022.

Walaupun begitu, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di bwfbadminton.com atau www.tournamentsoftware.com untuk ketahui keputusan untuk semua perlawanan terlibat.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post