Senarai Pemenang Anugerah Seri Angkasa 2022

Senarai Pemenang Anugerah Seri Angkasa 2022

Anugerah Seri Angkasa 2022 telah berlangsung pada 29 Oktober 2022 bertempat di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dimana pada malam tersebut telah diumumkan senarai pemenang bagi beberapa kategori yang dipertandingkan.

Kemudian Kemuncak Seri Angkasa 2022 bersambung pada malam berikutnya, 30 Oktober 2022 juga divenue yang sama bagi mengumumkan kategori lain yang belum diumumkan pada sebelumnya.

Untuk edisi kali ini, sebanyak 72 kategori yang dipertandingkan iaitu 42 kategori tv, 22 kategori radio dan masing-masing satu Anugerah Khas Juri dan Tokoh Anugerah Seri Angkasa. Bukan itu sahaja, buat julung kalinya ASA 2022 memperkenalkan lima kategori media baharu.

Anugerah tersebut adalah Drama Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik, Sketsa Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik, Video Klip Hiburan Menerusi Youtube Rasmi Terbaik, Pesanan Khidmat Masyarakat Menerusi Youtube Rasmi Terbaik dan Drama Bersiri Menerusi Youtube Rasmi Terbaik.

Pada Anugerah Seri Angkasa 2022, tidak seperti sebelum ini apabila para pemenang bukan sahaja membawa pulang trofi kemenangan tetapi bakal menerima hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM5,000 bagi setiap kategori yang dimenangi.

Manakala bagi dua Pemenang Kategori Utama iaitu Drama Terbaik dan Dokumentari Terbaik akan turut menerima Dana Kandungan Digital (DKD) sebanyak RM200,000.00 dan RM150,000.00 masing-masing.

Anugerah Seri Angkasa 2022 yang dihoskan oleh Awal Ashaari dan Jeed Zulkefli pada malam pertama dan untuk malam kedua; Fara Fauzana, Terrence Dass dan Enn Xavier yang mana dapat disaksikan secara langsung di TV2 atau secara online di RTM Klik dan di FB Live Kementeria Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Untuk malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa akan berlangsung pada hari berikutnya, 30 Oktober 2022 pada jam 8.00 malam di venue yang sama.

Senarai Pemenang Anugerah Seri Angkasa 2022

Berikut merupakan senarai pemenang bagi 72 kategori yang dipertandingkan untuk TV, Radio dan Media Baharu:

Anugerah Khas Juri
Halaqah Episod 7 : Bencana, Muhasabahkah Kita? (Hj. Ahmad Noor Sulaiman) - TV3

Anugerah Tokoh Seri Angkasa
Fauziah Nawi

Kategori TV

Drama TV Terbaik
Pencipta Pegang Waktu (Nor Shahila Harun Shah) - TV3

Dokumentari TV Terbaik
Social Playlist (Herbert Pua Kuo Jie) - ASTRO AEC

Drama TV Bersiri Terbaik
Dukun Diva (Khaled Novel) - ASTRO Citra

Pengarah Drama TV Terbaik
Zainorshisyam Samudin (Pencipta Pegang Waktu) - TV3

Skrip Drama TV Terbaik
Sham Hashim (Scammer) - ASTRO Ria

Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik
Eman Manan (Satu Kampung Dua Orang) - ASTRO Citra

Pelakon Wanita Drama TV Terbaik
Khatijah Tan (Rabak) - TV3

Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik
Hilal Azman (Amanat) - TV3

Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik
Nabila Huda (Jeti) - TV3

Pelakon Komedi TV Terbaik
Nurkhiriah (Madu) - TV Okey

Pelakon Kanak-kanak TV Terbaik
Phua Chandler (Howdy My Friends!) - ASTRO Xiao Tai YANG

Majalah TV Terbaik
Majalan 3 - Predator Darat (Nor Izzati Lockman) - TV3

Bicarawara TV Terbaik
Lambaian Tidak Kesampaian (Azliyanti Ib-Berahim) - TV3

Hiburan Muzikal TV Terbaik
Gegar Vaganza 7 (Farhana Hussin) - ASTRO Ria

Komedi TV Terbaik
Sepahtu Reunion Live 2020 (Lydia Emalia Ishak) - ASTRO Warna

Rancangan Agama TV Terbaik
Al-Qariah (Rosmawani Mat Zin) - TV Alhijrah

Rancangan Sukan TV Terbaik
Aksi Episod 1 (Shah Putra Ahmad Taib) - TV1

Liputan Sukan TV Terbaik
Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2021 (Mohammad Fairuz Abd Hanif) - TV1

Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik
Ustaz Kartun Dan Robojim (Mohd Zahir Zainal Abidin) - TV Alhijrah

Animasi Tempatan TV Terbaik
The Five Elves: A New World (Happy Yeye Sdn. Bhd.) - ASTRO Xiao Tai Yang

Candawara (Game Show) TV Terbaik
Panggung Memori (Mohd Irwan Abdul Rauf) - ASTRO Warna

Rancangan Realiti TV Terbaik
Hijrahkan Laguku (Nurainah Nabeeha) - TV Alhijrah

Promo TV Terbaik
Lagu Cinta Kita 3 (Ahmad Shahrul Osman) - TV3

PSA & Kapsul TV Terbaik
PSA Pencegahan Bunuh Diri (Rozaihan Abdul Rahim) - Berita RTM

Montaj TV Terbaik
Berita Perdana (Fakhrul Aarif Hilaluddin) - Berita RTM

Pengacara TV Terbaik
Fedtri Yahya (Jejak Rasul) - TV3

Pengulas TV Terbaik
Rasdi Juma'at (Laporan Harian Sukan Olimpik Tokyo 2020) - TV Okey

Buletin TV Terbaik
Berita Perdana Edisi Khas Belanjawan 2021 (Yunus Mohd Noor) - Berita RTM

Liputan Berita TV Terbaik
Berita Perdana : Proses Imunisasi Perlu Difahami (Faris Izzat Shaharudin & Andy Reza Rohadian) - Berita RTM

Laporan Khas Berita TV Terbaik
Kajang Bypass : Lebuh Raya Atau Pusara? (Mohammad Hilmi Hj. Ab Malik) - ASTRO Awani

Liputan Khas Siaran Langsung TV Terbaik
Siaran Langsung Hari Angkatan Tentera Ke-88 (Mohd Rafael Ramlan) - Berita RTM

Penyampai Berita TV Terbaik
Norliza Mohd Zain (Buletin Utama) - TV3

Wartawan TV Terbaik
Mas Zharif Zhafri Abdul Azid (ICU Seluruh Negara Melebihi Kapasiti) - TV9

Jurukamera TV Terbaik (Single Camera Production)
Nileshkumar Rajendran (Manmadha Bullets) - ASTRO Vinmeen

Jurukamera TV Terbaik (Multiple Camera Production)
Rahim,, Syamsul Azwin, Hairulnizan, CW, Rosmadi, Rahman, Hakim & Mairullah (Konsert Minggu Ini Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini) - TV2

Suntingan Rancangan TV Terbaik
Izhar Masuri (Capa Rengat Gulai Rawo) - TV1

Penataan Cahaya TV Terbaik
Junaimeramfizal Rahmat (Berdua) - TV1

Audio Rancangan TV Terbaik
Andrew Liew (Anugerah Meletop ERA 2020) - ASTRO Ria

Pengimbangan Muzik TV Terbaik
Mohd Hawary Hanapiah (Berdua) - TV1

Set TV Terbaik
Muhamad Izuan Munshid (Halaqah 2020) - TV3

Tatarias TV Terbaik
Azri Hj. Seman (Yang Tersembunyi) - TV Okey

Grafik TV Terbaik
Muhammad Aqil Aiman Mohd Salleh (Imbauan 2020) - TV9

Kesan Khas TV Terbaik
Tuan Nazraifife Tuan Abd Rahman (Halaqah 2021) - TV3

Kategori Radio

Drama Radio Terbaik
Anugerah Terindah (Norazlinah Nordin) - Salam FM

Skrip Drama Radio Terbaik
Syikin Zauzi (Akhirnya Bahagia Meluruh) - NASIONALfm

Pelakon Lelaki Drama Radio Terbaik
Beto Kusyairy (Anugerah Terindah) - Salam FM

Pelakon Wanita Drama Radio Terbaik
Lisdawati (Akhirnya Bahagia Meluruh) - NASIONALfm

Pelakon Pembantu Lelaki Drama Radio Terbaik
Soffi Jikan (Akhirnya Bahagia Meluruh) - NASIONALfm

Pelakon Pembantu Wanita Drama Radio Terbaik
Kuna Muzani (Prihatin Tandanya Sayang) - SELANGORfm

Majalah Radio Terbaik
Untukmu Malaysia (Nurul Aisah Bidin) - NASIONALfm

Dokumentari Radio Terbaik
Cabaran Pendidikan Norma Baharu (Rosdi Omang) - NASIONALfm

Bicarawara Radio Terbaik
Mukjizat Teragung (Siti Nazdhirah Mohd Rajoli) - Salam FM

Hiburan Radio Terbaik
Raya Extravaganza (Yogeswaren Ramalingam) - TRAXX fm

Rancangan Interaktif Radio Terbaik
Dondang Sayang Warisan (Sharizad Abu Bakar) - MELAKAfm

Rancangan Agama Radio Terbaik
Tanyalah Ustaz Suffan (Asnita Sulaiman) - SANDAKANfm

PSA & Kapsul Radio Terbaik
Sketsa Banjir Dan Pindah (Ibrahim Hj. Diman) - SABAHfm

Promo Radio Terbaik
Promo Pentas Best FM (Mohd Razi Rashid) - Best fM

Penyampai Radio Lelaki Terbaik
Mohd Azlan Omar (Ruangan Pilihan Pendengar (Mestika Klasik)) - Radio Klasik

Penyampai Radio Wanita Terbaik
Azlina Kamarudin (Getaran Pagi) - NEGERIfm

Pengulas Radio Terbaik
Rosdi Omang (Final Badminton Para Kelas SU5 - Sukan Paralimpik Tokyo 2022) - NASIONAL fm

Penyampai Berita Radio Terbaik
Tan Xin Rui (Buletin Berita 988) - 988FM

Buletin Berita Radio Terbaik
Utama Waktu Ini (Mohd Hirzee Mohamad) - BERNAMA Radio

Liputan Berita Radio Terbaik
Lintas Langsung Tinjauan Pasca Banjir Sungai Telemong (Ahmad Fawzan Azmie Abdul Halil) - BERNAMA Radio

Pengimbangan Audio Muzik Radio (Studio) Terbaik
Mohd Azree Baharum (Dokumentari Hijrah - Cahaya Sejernih Mata Air) - IKIM FM

Pengimbangan Audio Muzik Radio (Lokasi) Terbaik
Mohd Zaini Ahmad Norbi (Lintas Langsung Tinjauan Pasca Banjir Sungai Telemong) - BERNAMA Radio

Kategori Media Baharu

Drama Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik
Kampung Malar (Deepavali) (Ezrie Gazali) - ASTRO Gempak

Sketsa Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik
Syawal Pertama (Khairunnisa Ismail) - ASYIKfm

Video Klip Hiburan Menerusi Youtube Rasmi Terbaik
Sentiasa Di Sini - ASTRO Gempak

Pesanan Khidmat Masyarakat Menerusi Youtube Rasmi Terbaik
Youtube Buletin TV3 (Nurul Farah'ain Nordin & Norfaiza Mohd Kamal) - TV3

Drama Bersiri Menerusi Youtube Rasmi Terbaik
Bunga's Secret Garden - ASTRO Gempak


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post