Telefilem Bisik-Bisik Di TV1

Telefilem Bisik-Bisik Di TV1

Saksikan telefilem Bisik-Bisik yang akan menemui penonton pada 1 Oktober 2022, hari Sabtu pada jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem yang diilhamkan oleh Aryza Jaafar ini merupakan terbitan Unit Drama TV RTM sendiri, diarahkan oleh Ikhsan Sukiman dengan nukilan skrip daripada Aryza Jaafar juga.

Sinopsis Telefilem Bisik-Bisik

Telefilem Bisik-Bisik menampilkan barisan pelakon seperti Shahronizam Noor, Mustapha Kamal, Natasha Elyzza, Gambit Saifullah, Dato Hilal Azman, Shahfi Rafiq, Razman Mahyuddin, Adrianna Qasmia, Gen Darwish, Zarra Zhaff, Naurah Rayyani, Faiz Syafie dan ramai lagi.

  • Shahronizam Noor sebagai Amri
  • Mustapha Kamal sebagai Nazri
  • Natasha Elyzza sebagai Cikgu Aisyah
  • Gambit Saifullah sebagai AL
  • Dato Hilal Azman sebagai Hassan
  • Razman Mahyuddin sebagai Saufi

⏩ Tonton Telefilem Bisik-Bisik - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang penubuhan haram rumah kebajikan yang tidak berdaftar di daerah Kuala Selangor. Kejadian bermula apabila Fahim,12 tahun dan adiknya, Sahidah, 8, dihantar oleh Nazri ke Rumah Kebajikan Rukaiyah.

Kepincangan pengurusan rumah kebajikan ini terbongkar apabila salah seorang anak yatim yang diambil menceritakan perihal yang berlaku kepada pegawai penyiasat yang menyamar sebagai keluarga angkat yang sedang melakukan risikan ke atas rumah kebajikan tersebut.

Amri, 41, merupakan pengurus rumah kebajikan yang mempergunakan anak-anak yatim itu terlibat dalam sisi gelap penyeludupan tanpa disedari oleh kanak-kanak tersebut.

Anak-anak ini pula beranggapan setiap arahan yang diberikan oleh Amri merupakan aktiviti rutin rumah kebajikan. Mereka diberi upah sebagai tanda penghargaan. Kasih sayang yang akrab terjalin antara Amri dan anak-anak yatim menyebabkan tiada prasangka yang wujud termasuklah oleh penduduk sekitar di daerah Kuala Selangor.

Penangkapan Amri membongkar aktiviti pelacuran serta pemerdagangan kanak-kanak yang diketuai Nazri yang menyamar sebagai Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, melalui modus operandi menggunakan ‘Keluarga Angkat Samaran’ bagi melakukan aktiviti terkutuk tersebut.

Telefilem Bisik-Bisik Di TV1

Telefilem Bisik-Bisik Di TV1

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post