Telefilem Busung Katak Di Astro Citra

Telefilem Busung Katak Di Astro Citra

Saksikan telefilem Busung Katak yang akan menemui penonton pada 15 Oktober 2022, hari Sabtu pada jam 10.00 malam menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra 108 atau boleh juga strim secara online di astrogo.astro.com.my

Telefilem seram ini diterbitkan oleh syarikat produksi Efficient Action Sdn. Bhd., diarahkan oleh Azmir Affandi dengan nukilan skrip bersama daripada Mayarasi Emma dan Seri Dewi.

Sinopsis Teleiflem Busung Katak

Telefilem Busung Katak menampilkan barisan pelakon seperti Emma Maembong, Kodi Rasheed, Fiza Thomas, Monrasli Aswad, Nazlinda Yusof dan ramai lagi.

  • Emma Maembong sebagai Kak Wan
  • Kodi Rasheed sebagai Salim
  • Fiza Thomas sebagai Laila

Tonton Telefilem Busung Katak - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Kak Wan yang menderita disebabkan sihir busung katak yang telah dilakukan oleh seseorang terhadap dirinya. Pada mulanya, Kak Wan sihat seperti yang lain dan tiba-tiba satu hari dia jatuh sakit dan bermula daripada itu, perutnya mula membesar dan rupanya seperti keluar sisik seperti katak.

Sihir tersebut telah menyebabkan konflik Kak Wan dan madunya Laila apabila Kak Wan sendiri mengesyaki Laila adalah orang yang menyihirnya akibat cemburu. Disebabkan gangguan dan kesakitan yang melampau, fizikal Kak Wan kini mula berubah menjadi seperti seekor katak. Adakah betul Laila yang menyihir Kak Wan?

Kak Wan menderita disebabkan sihir busung katak yang telah dilakukan seseorang terhadap dirinya. Sihir tersebut telah menyebabkan konflik di antara Kak Wan dan madunya Laila.

Telefilem Busung Katak Di Astro Citra

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post