Telefilem Debunk Di Astro Citra

Telefilem Debunk Di Astro Citra

Saksikan telefilem Debunk yang akan menemui penonton pada 1 Oktober 2022, hari Sabtu pada jam 10.00 malam menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra saluran 108 atau boleh juga strim secara online di Astro Go.

Telefilem seram komedi yang berkonsepkan mockumentary ini diterbitkan oleh syarikat produksi KL Motion Pictures dan diarahkan oleh Reen Imran dengan nukilan skrip daripada Neek.

Sinopsis Telefilem Debunk

Telefilem Debunk menampilkan barisan pelakon utama iaitu Wan Chai, Sharifah Sakinah dan Faha Azhar disamping beberapa pelakon tambahan lain.

  • Wan Chai sebagai Sofi
  • Sharifah Sakinah sebagai Edna
  • Faha Azhar sebagai Amer

⏩ Tonton Telefilem Debunk - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Sofi iaitu seorang penyangkal hantu (debunker) bertemu makhluk dari alam yang berbeza bernama Edna. Bermula daripada pertemuan itulah dia mula mempercayai kewujudan hantu.

Menariknya, Edna merupakan seorang cheerleader sewaktu hidupnya sebelum ini tetapi dia tidak menyedari yang mana dia sebenarnya telah mati dan menjadi hantu.

Telefilem Debunk Di Astro Citra

Telefilem Debunk Di Astro Citra

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post