Telefilem #SampaiSyurga Di Awesome TV

Telefilem #SampaiSyurga Di Awesome TV

Saksikan telefilem #SampaiSyurga yang akan menemui penonton pada 16 Oktober 2022, hari Ahad pada jam 9.30 malam menerusi slot Ohsem Tele di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112.

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Suarakita Production Sdn. Bhd., ditulis dan diarahkan oleh orang yang sama Wan Saiful Shahrizan.

Sinopsis Telefilem #SampaiSyurga

Telefilem Sampai Syurga menampilkan barisan pelakon seperti Dato Rahim Razali, Dian P. Ramlee, Syafie Naswip, Atikah Suhaime, Nor Albaniah, Nor Azidin, Zaidi Azhar, Jess Mahat, Afatt Fikri, Adinata dan ramai lagi.

  • Dato Rahim Razali sebagai Sulaiman
  • Dian P. Ramlee sebagai Azizah
  • Syafie Naswip sebagai Kamarul
  • Atikah Suhaime sebagai Farahin
  • Nor Albaniah sebagai Mah

⏩ Tonton Telefilem #SampaiSyurga - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Sulaiman yang sentiasa bersikap romantik terhadap isterinya, Azizah kerana beliau percaya kasih sayang perlu ditunjukkan sesama pasangan walaupun sudah berusia.

Azizah marah menerima hadiah harijadinya daripada Sulaiman yang dianggap macam orang muda. Sulaiman yang kecewa dengan sikap isterinya, mula mengubah penampilan diri sambil bergaya seperti orang muda.

Telefilem #SampaiSyurga Di Awesome TV

Telefilem #SampaiSyurga Di Awesome TV

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post