Drama Aku Seorang Perempuan Di TV9

Drama Aku Seorang Perempuan Di TV9

Saksikan drama Aku Seorang Perempuan yang akan menemui penonton mulai 19 November 2022, bersiaran setiap hari Sabtu dan Ahad pada jam 7.30 malam menerusi saluran TV9 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my

Drama 13 episod ini diinspirasikan daripada novel biografi Siti Nordiana 'Life Goes On' dan novel 'Bukan Perempuan Biasa' karya Tengku Khalidah Tengku Bidin yang berkisarkan kerjaya Nana secara lebih mendalam dari zaman kanak-kanak, persekolahan hingga bergelar penyanyi seperti sekarang.

Naskah ini diterbitkan oleh Brother Hood Studio dan Inisiatif Seni Kreatif, diarahkan oleh Hashim Rejab dengan garapan skrip daripada Farhana Fauri.

Sinopsis Drama Aku Seorang Perempuan

Drama Aku Seorang Perempuan menampilkan barisan pelakon seperti Atikah Suhaime, Fezrul Khan, Adriana Adnan, Amal Kamaruddin, Mustaqim Bahadon, Saidah Kamarudin, Hafidz Roshdi, Amman Nassim, Aleza Shadan, Hasnul Rahman, Fadh Majid, Puteri Sarah Liyana dan ramai lagi.

  • Atikah Suhaime sebagai Siti Noraisya
  • Fezrul Khan sebagai Fareez Hidayat
  • Adriana Adnan sebagai Adriana
  • Amal Kamaruddin sebagai Fateh
  • Mustaqim Bahadon sebagai Ehsan
  • Saidah Kamarudin sebagai Noor
  • Hafidz Roshdi sebagai Hakim Ali
  • Amman Nassim sebagai Harris
  • Aleza Shadan sebagai Noriah

Tonton episod Aku Seorang Perempuan online - Link 1 | Link 2

Ianya  mengisahkan tentang Siti Nor Aisya iaitu seorang penyanyi muda yang sedang mengecapi populariti dan mempunyai ramai peminat yang menjadi sokongan kuat dalam kerjayanya.

Siti Nor Aisya bertemu cinta dengan seorang pelakon popular, Fareez. Mereka berdua berkahwin atas dasar cinta. Bagi Siti Nor Aisya, dia sanggup mengorbankan kerjayanya yang sedang berada di puncak kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada rumah tangga.

Adriana ialah seorang pelakon yang berkawan baik dengan Fareez. Adriana mempunyai masalah dengan kekasihnya, dan sering menemui Fareez untuk meluahkan masalah. Hubungan mereka menjadi semakin akrab dan ia mula menimbulkan rasa tidak senang dalam hati Siti Nor Aisya. Mahligai cinta yang dibina mula goyah dan diduga.

Akhirnya, Siti Nor Aisya diceraikan ketika anak mereka masih kecil. Dalam saat dia perlu bangkit dan mencari kekuatan untuk menyara anak kecilnya, Siti Nor Aisya diuji lagi dengan kehilangan teman baik sejak kecil iaitu Hakim yang juga teman seperjuangannya dalam bidang nyanyian.

Bagaimanakah Siti Nor Aisya mencari kekuatan dalam hidupnya untuk terus berjuang?

Drama Aku Seorang Perempuan Di TV9

Drama Aku Seorang Perempuan Di TV9

Drama Aku Seorang Perempuan Di TV9

sumber : honeybie.com

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post