Filem Proksi Di Astro Citra

Filem Proksi Di Astro Citra

Saksikan filem Proksi yang akan menemui penonton pada 5 November 2022, hari Sabtu pada jam 9.00 malam menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra 108 atau boleh juga strim secara online di astrogo.astro.com.my

Filem yang pernah ditayangkan di Astro First pada tahun 2021 ini merupakan terbitan syarikat produksi FEG Equipemtn, diarahkan oleh Shaufe Wahib dengan nukilan skrip daripada tuan pengarah bersama Azril Hamzah dan Fairul Nizam Ablah.

Sinopsis Filem Proksi

Filem Proksi menampilkan barisan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Bront Palarae, Ashraf Sinclair, Remy Ishak, Rosyam Nor, Faizal Hussein, Siti Saleha, Sangeeta Krishnasamy, Susah Lankester, Adrianna Qasmia dan ramai lagi.

  • Bront Palarae sebagai Sam
  • Ashraf Sinclair sebagai Aman
  • Remy Ishak sebagai Aqil
  • Sangeeta Krishnasamy sebagai Elle
  • Rosyam Nor sebagai Remy
  • Faizal Hussein sebagai Mr. Roy
  • Siti Saleha sebagai Diana

⏩ Tonton Filem Proksi - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang seorang penggodam elit bernama Sam bersama rakannya, Aman yang telah melarikan diri ke Bangkok.

Tanpa pengetahuan Sam, Aman menggodam ‘platform keselamatan data’ yang dikenali sebagai MySoil dan bekerjasama dengan Elle untuk menjual data tersebut kepada kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai Carrie di Bangkok.

Dalam masa yang sama, Aman mencuri wang Carrie. Seorang tentera upahan bernama Aqil cuba mengesan dan mendapatkan kembali wang tersebut. Sam pula telah ditangkap dan disoal siasat oleh dua penyiasat, Roy dan Remy.

Sam berusaha mencari dalang sebenar di sebalik manipulasi data dan penyebaran "Berita Palsu" yang mampu membahayakan negara.

Filem Proksi Di Astro Citra

Filem Proksi Di Astro Citra

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post