Filem Qodrat Di Pawagam Mulai 24 November Ini

Filem Qodrat Di Pawagam Mulai 24 November Ini

Saksikan filem seram Qodrat yang akan menemui penonton dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 24 November 2022 (Khamis). Jangan terlepas untuk menjadi penonton terawal untuk menyaksikannya.

🎫 Dapatkan tiket wayang murah - disini

Filem ini berasal daripada Indonesia dan telah mencetuskan fenomena tersendiri sejak ditayangkan di bioskop Indonesia sejak 27 Oktober yang lalu. Kini giliran penonton Malaysia untuk menyaksikan filem paling seram di Indonesia untuk tahun 2022 ini.

Naskah ini merupakan terbitan bersama syarikat produksi Magma Entertainment dan Rapi Films, diarahkan oleh Charles Gozali dengan nukilan skrip daripada Gea Rexy, Asaf Antariksa dan Charles Gozali sendiri.

Sinopsis Filem Qodrat

Filem Qodrat menampilkan barisan pelakon seperti Vino G Bastian, Marsha Timothy, Maudy Effrosina, Randay Pangalila, Cecep Arif Rahman, Keanu Azka Briansyah, Jason Bangun, Pritt Timothy, Whani Darmawan, Agla Artalidia, Rezca Syam dan ramai lagi.

  • Vino G Bastian sebagai Ustaz Qodrat
  • Marsha Timothy sebagai Yasmin
  • Maudy Effrosina sebagai Asha
  • Randay Pangalila sebagai Zafar
  • Cecep Arif Rahman sebagai Rochim
  • Keanu Azka Briansyah sebagai Alif Amri

Ianya mengisahkan tentang Ustaz Qodrat yang berpuluh tahun menggunakan ilmu ruqyah untuk menolong orang ramai namun gagal meruqyahkan anaknya sendiri iaitu Alif Al Fatanah yang dirasuki syaitan bernama Assuala.

Disebabkan itu, Qodrat pulang ke sekolah asalnya. Namun, ketika sampai di sana, Qodrat merasakan tempatnya tidak seperti dahulu apabila berlaku gangguan-gangguan yang tidak dapat dijelaskan.

Dalam masa yang sama, Qodrat perlu meruqyah Alif Amri iaitu anak bongsu kepada Yasmin yang memiliki nama sama seperti awrah anaknya. Ketika inilah, dia sekali lagi diuji dan adakan dia akan menerusi kemarahannya atau kembali menemukan keimanannya.

Filem Qodrat Di Pawagam Mulai 24 November Ini

Filem Qodrat Di Pawagam Mulai 24 November Ini

Filem Qodrat Di Pawagam Mulai 24 November Ini

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post