Filem Remp-It 2 Di Pawagam Mulai 24 November Ini

Filem Remp-It 2 Di Pawagam Mulai 24 November Ini

Saksikan filem aksi Remp-It 2 yang akan menemui penonton dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 24 November 2022 (Khamis). Jangan terlepas untuk menjadi penonton terawal untuk menyaksikannya.

🎫 Dapatkan tiket wayang murah - disini

Mungkin anda masih ingat dimana filem Remp-It (2006) yang telah mencetuskan fenomena tersendiri ketika itu dan kini kembali dengan lebih aksi perlumbaan motosikal dan jalan cerita yang lebih matang menerusi filem Remp-It 2.

Naskah ini merupakan terbitan FKX Filem Sdn. Bhd. yang merupakan produksi pelakon utama, Farid Kamil dan juga sebagai pengarah untuk filem ini dengan penghasilan skrip daripada Faten Syamimie.

Sinopsis Filem Remp-It

Filem Remp-It 2 menampilkan barisan pelakon seperti Farid Kamil, Cat Farish, Niezam Zaidi, Izzue Islam, Farez Ridzwan, Ahirine Ahirudin, Shiha Zikir, Chiwan Chilok, Julia Hana, Rudy Norman, Faizal Hussein, Azlan Komeng, Aiman Tino, Black Hanifah dan ramai lagi.

  • Farid Kamil sebagai Madi
  • Cat Farish sebagai Macha
  • Niezam Zaidi sebagai Spark
  • Julia Hana sebagai Ieka
  • Azlan Komeng sebagai Komeng

Ianya merupakan kehidupan Madi 16 tahun selepas kejadian yang menimpa Madi dan Spark dulu. Madi sekarang bekerja sebagai instructor di sebuah pusat latihan motosikal yang dimiliki oleh Roy dan mengusahakan bengkel bersama Macha.

Selepas kejadian itu, Madi sudah berazam untuk tidak berlumba dan meninggalkan dunia rempitnya. Kini Madi fokus sebagai pelumba professional.

Pada suatu hari, secara tidak sengaja Madi telah berentap di jalanraya dengan Ajak, orang Spark. Madi yang cuba mengelak dari terlibat dalam perlumbaan haram membuat helah dengan meninggalkan perlumbaan tersebut. Namun Ajak tidak berpuas hati dan sekali lagi menerjah Madi di jalanraya dan berlumba sekali lagi tetapi kali ini bersama Dekwan dan konco-konconya.

Berita kemunculan Madi sampai ke pengatahuan Spark yang berada di dalam penjara. Spark bakal dibebaskan tidak lama lagi dan dia tidak sabar untuk berentap semula dengan Madi.

Sedang Madi cuba lari dari hakikat bahawa dia sudah kembali berlumba, muncul seorang kanak-kanak bernama Muhammad yang mengaku sebagai anak Madi. Madi dan Macha hilang punca kerana tidak tahu siapa ibu Muhammad.

Kemunculan Muhammad menambahkan beban dalam kepala Madi. Dia tidak pernah mendekati kanak-kanak dan kini terpaksa hidup bersama seorang kanak-kanak.

Filem Remp-It 2 Di Pawagam Mulai 24 November Ini

Filem Remp-It 2 Di Pawagam Mulai 24 November Ini

Filem Remp-It 2 Di Pawagam Mulai 24 November Ini

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post