Jadual Perlawanan Petronas Malaysia International Series 2022

Jadual Perlawanan Petronas Malaysia International Series 2022

Inilah peluang untuk barisan pemain muda negara beraksi dalam sukan badminton apabila kejohanan Petronas Malaysia Internatinoal Series akan berlangsung bermula 8 hingga 13 November 2022 bertempat di Arena Badminton Perak, Ipoh.

Kejohanan International Series kebiasaanya akan disertai oleh pemain-pemain muda bagi setiap negara yang diwakilinya kerana ianya Terbuka. Masih dikendalikan oleh BWF tetapi tidak menawarkan mata ranking sebaliknya mampu memberikan lebih pendedahan kepada pemain-pemain junior.

Walaubagaimanapun ianya tetap menawarkan hadiah wang tunai dan bagi kejohanan Petronas Malaysia International Series 2022 ianya menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah USD10,000 atau sekitar RM47 Ribu.

⏩ Dapatkan Barangan Victor X Lee Zii Jia - Disini & Disini

Kejohanan : Petronas Malaysia International Series 2022
Tarikh : 8 hingga 13 November 2022
Tempat : Arena Badminton Perak, Ipoh Perak
Hadiah : USD10,000 (~RM47 Ribu)

Senarai Pemain Malaysia Dalam Petronas Malaysia International Series 2022

Anda tidak akan dapat lihat pemain-pemain badminton senior negara dalam kejohanan ini. Tapi hanya disertai oleh pemain-pemain junior yang pastinya ranking mereka lebih rendah dan kebanyakan adalah pemain dibawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Anda boleh tengok senarai pemain yang bertanding disini.

Jadual & Keputusan Perlawanan Badminton Petronas Malaysia International Series 2022

Tidak seperti kejohanan BWF World Tour yang lain dimana kejohanan ini tidak akan disiarkan di mana-mana saluran tv sama ada di Astro atau RTM. Jadi mana yang berkesempatan boleh la datang ke venue untuk terus bagi sokongan dan masuk adalah percuma.

Tetapi pihak BAM sendiri akan bawakan siaran lansung secara live streaming hanya di Court 1 menerusi laman youtube BM Malaysia.

Berikut merupakan senarai jadual dan keputusan perlawanan yang hanya melibatkan pemain atau wakil Malaysia sahaja sepanjang kejohanan ini berlangsung.

*admin akan kemaskini keputusan dan jadual bermula pada peringkat suku akhir sahaja

8 November (Selasa) - Kelayakan & Pusingan 64

⏩ Tonton Live Streaming - Link 1 | Link 2 | Perlawanan pembukaan akan bermula pada jam 9.00 pagi waktu Malaysia.

~ Keputusan klik sini

---------------------------------------------

9 November (Rabu) - Pusingan 32

⏩ Tonton Live Streaming - Link 1 | Link 2 | Perlawanan pembukaan akan bermula pada jam 9.00 pagi waktu Malaysia.

~ Keputusan klik sini

---------------------------------------------

10 November (Khamis) - Pusingan 16

⏩ Tonton Live Streaming - Link 1 | Link 2 | Perlawanan pembukaan akan bermula pada jam 12.00 tengah hari waktu Malaysia.

~ keputusan klik sini

---------------------------------------------

11 November (Jumaat) - Suku Akhir

⏩ Tonton Live Streaming - Link 1 | Link 2 | Perlawanan pembukaan akan bermula pada jam 4.00 petang waktu Malaysia.

[XD] Ming Che Lu [4]/Chung Kan Yu (TPE) vs (MAS) Ng Eng Cheong/Teoh Le Xuan - [14-21, 24-22, 21-12]

[XD] Loo Bing Kun/Yap Cheng Wen (MAS) - (CHN) Jiang Zhen Bang/Wei Ya Xin - [9-21, 17-21]

[MS] Eogene Ewe (MAS) vs (CHN) Lei Lan Xi - [16-21, 12-21]

[MD] Chen Bo Yang/Liu Yi (CHN) vs (MAS) Arif Junaidi [2]/Muhammad Haikal - [21-10, 21-6]

[MD] Beh Chun Meng/Goh Boon Zhe (MAS) vs (THA) P Sukphun/P Teeraratsakul - [21-14, 14-21, 21-9]

[MD] Chen Cheng Kuan/Chen Sheng Fa (TPE) vs (MAS) Leong Jun Kai/Jimmy Wong - [17-21, 22-20, 19-21]

[MS] Lim Chi Wing (MAS) vs (CHN) Liu Liang - [17-21, 15-21]

[MD] M Juan Elgiffani/M Nendi Novatino (INA) vs (MAS) Chia Weijie [4]/Low Hang Yee - [21-11, 21-12]

[WD] Ng Qi Xuan/Teoh Le Xuan (MAS) vs (CHN) Liu Sheng Shu/Tan Ning - [10-21, 10-21]

---------------------------------------------

12 November (Sabtu) - Separuh Akhir

⏩ Tonton Live Streaming - Link 1 | Link 2 | Perlawanan pembukaan akan bermula pada jam 1.00 petang waktu Malaysia.

[MD] Beh Chun Meng/Goh Boon Zhe (MAS) vs (MAS) Leong Jun Kai/Jimmy Wong - [21-12, 21-13]

---------------------------------------------

13 November (Ahad) - Final

⏩ Tonton Live Streaming - Link 1 | Link 2 | Perlawanan pembukaan akan bermula pada jam 1.00 petang waktu Malaysia.

[XD] Cheng Xing/Chen Fang Hui (CHN) vs (CHN) Jiang Zhen Bang/Wei Ya Xin - [26-24, 21-18]

[WS] Chiu Pin Chian (TPE) vs (CHN) Gao Fang Jie - [10-21, 16-21]

[WD] Liu Sheng Shu (CHN) vs (CHN) Li Yi Jing/Luo Xu Min - [24-22, 21-16]

[MS] Lei Lan Xi (CHN) vs (INA) Syabda Perkasa Belawa [8] - [17-21, 18-21]

[MD] Beh Chun Meng/Goh Boon Zhe (MAS) vs (CHN) Chen Bo Yang/Liu Yi - [11-21, 13-21]

---------------------------------------------

Untuk ketahui keputusan dan jadual dari lain-lain perlawanan, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di https://bwf.tournamentsoftware.com/PetronasMalaysiaInternationalSeries

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post