Keputusan Undian UCL Pusingan 16 Musim 2022-2023

Keputusan Undian UCL Pusingan 16 Musim 2022-2023

Selepas tamat pusingan peringkat kumpulan, UEFA Champions League 2022-2023 kini akan memasuki fasa peringkat kalah mata bermula dengan pusingan 16 dan undian telah pun dibuat.

Untuk peringkat ini sebanyak 16 pasukan terbaik yang layak ke pusingan seterusnya iaitu bagi juara dan naib juara bagi setiap kumpulan A-H yang telah berlangsung sebelum ini.

Undian telah dibuat di House of European Football di Nyon, Switzerland pada Isnin, 7 November 2022 pada pukul 7.00 malam waktu Malaysia.

Keputusan Undian UCL Pusingan 16 Tahun 2022-2023

Untuk info, pusingan 16 akan berlangsung dalam dua pusingan. Pusingan pertama (first legs) dijadualkan akan berlangsung pada 14, 15, 21, 22 Februari 2023 dan pusingan kedua (second legs) akan berlangsung pada 7, 8, 14, 15 Mac 2023.

Berikut merupakan keputusan penuh bagi undian pusingan 16 dengan melibatkan 16 pasukan dalam kejohanan UEFA Champions League (UCL) 2022-2023.

  • Leipzig vs Man City
  • Club Brugge vs Benfica
  • Liverpool vs Real Madrid
  • AC Milan vs Tottenham Hotspurs
  • Frankfurt vs Napoli
  • Borussia Dortmund vs Chelsea
  • Inter Milan vs Porto
  • Paris Saint-Germain vs Bayern Munich

Pasukan manakah yang akan berjaya ke pusingan seterusnya nanti? Nantikan UCL Round of 16

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post