Promosi & Diskaun Menarik Sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)

Promosi & Diskaun Menarik Sempena PRU15

Sempena pengundian bagi Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada 19 November 2022 ini, rupanya banyak tawaran dan diskaun yang boleh diperolehi lagi-lagi daripada restoren dan perkhidmatan.

Ini juga mungkin salah satu cara untuk tarik semua pengundi yang layak untuk turun mengundi beramai-ramai melaksanakan tanggungjawab kepada negara yang ianya berlaku sekali sahaja dalam tempoh 5 tahun.

Jadi restoren F&B ini cuba menawarkan sesuatu kepada pengundi sama ada berikan harga diskaun, promosi pembelian, potongan harga dan macam-macam lagi. Tapi dengan syarat anda turun mengundi dan sebagai bukti jari kita akan dibirukan dengan dakwat yang menandakan kita telah buang undi.

Dengan jari yang berdakwat biru itulah antara syarat utama untuk dapatkan diskaun dan promosi daripada kedai dan restoren tersebut. Antara yang anda boleh dapatkan daripada GSC, IKEA, Taco Bell, Tealive, Hokkaido Baked, Oldtown White Coffee dan banyak lagi.

Nak tengok senarai penuh restoren dan perkhidmatan yang menawarkan diskaun dan promosi sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), anda boleh tengok senarai dibawah:

1)  Chomski

Chomski

Tunjuk jari biru boleh dapatkan banana pudding secara percuma pada 19 dan 20 November 2022. 

2)  Coolblog

Coolblog

Coolblog nak bagi free topping dengan setiap pembelian mana-mana minuman pada yang telah buang undi dengan tunjukkan jari biru. Sah pada 19 November 2022 sahaja. Tengok topping sini.

3)  CU Mart

CU Mart

Tunjuk jari biru anda dan boleh tebus air K-Ben pada harga RM1.99 sahaja. Untuk BTS pun ada, tengok sini.

4)  Daboba

Daboba

Dapatkan promosi dengan diskaun 15% daripada Daboba untuk semua pengundi. Sah pada 19 dan 20 November 2022 sahaja

5)  Genting SkyWorlds

Genting SkyWorlds

Pergi undi pada 19 November nanti dan beli tiket Genting Skyworlds untuk dapatkan 1 tiket lagi secara percuma. Buy 1, free 1 beb. Mana nak dapatkan. Beli dan tengok harga tiket sini.

6)  GSC

GSC

Panggung wayang GSC pun ada promosi untuk pengundi yang telah buang undi pada 19 November 2022. Anda boleh dapatkan satu popcorn kecil secara percuma

7)  Hoh Coffee

Hoh Coffee

Tunjuk jari berdakwat biru boleh dapatkan diskaun 10%.

8)  Hokkaido Baked

Hokkaido Baked

Peminat cheese tart ni kena datang lepas mengundi nanti. Boleh nikmati diskaun 15% untuk Classic Cheese Tart. Harga disini.

9)  IKEA

IKEA

Ingat ada promosi perabut tadi. IKEA nak bagi aiskrim secara percuma pada 19 November 2022. Khusus untuk pengundi yang berjari biru je la. Promosi IKEA lain disini.

10)  Kenny Rogers Roasters

Kenny Rogers Roasters

Tunjukkan jari biru anda dan boleh dapatkan promosi Buy 1, Free 1. Sah untuk 19 dan 20 November 2022 sahaja.

11)  KOI The  

KOI The

Anda tunjukkan jari berdakwat anda, boleh tukar saiz air minuman sebagai parcuma.

12)  Kopi Saigon

Kopi Saigon

Mana nak layan Kopi Saigon, lepas mengundi nanti datang untuk dapatkan satu kopi percuma dengan pembelian minimum 2 cawan kopi. Promosi lain kopi vietnam disini.

13)  Marrybrown

Marrybrown

Dapatkan percuma Ayam Goreng MB dengan pembelian mana-mana MB Combo. Hanya sah pada 19 November 2022. Promosi ayam goreng dan lebih murah disini.

14)  Myeong Dong

Myeong Dong

Tunjukkan jari anda dapatkan potongan 15% untuk MyeongDong Toppoki. Lebih menarik, boleh dapatkan disini.

15)  MyLaksa

MyLaksa

Promosi berlangsung 2 hari iaitu pada 19 dan 20 November 2022. Dengan pembelian mana-mana Asam Laksa, boleh dapatkan minuman percuma.

16)  OldTown White Coffee

OldTown White Coffee

Tunjuk jari biru anda dan dapatkan 1 Oldtown White Coffee secara percuma dengan pembelian mana-mana a la carte nasi atau mee. Harga kopi kat sini.

17)  Pepper Lunch

Pepper Lunch

Boleh tebus dan dapatkan minuman secara percuma di Pepper Lunch.

18)  Pop Health

Pop Health

Dapatkan Buy 1, Free 1 Spagethi Bolognese.

19)  Poptron

Poptron

Poptron nak bagi diskaun RM15 jika anda datang dan buat pembelian pada hari mengundi, 19 November 2022.

20) Qra

Qra

Dengan harga RM5 sahaja, anda boleh dapatkan set coffee dan cinnamon crust. yang penting datang dan tunjukkan jari yang anda telah mengundi.

21)  Salad Atellier

Salad Atellier

Dapatkan extra 3 ketul meatballs jika anda sudah mengundi pada PR15

22)  Secret Recipe

Secret Recipe

Secret Recipe nak bagi potongan 30% mana-mana minuman pada 19 November 2022. Yang penting sudah turun mengundi. Tapi paling best promosi kek disini.

23)  Street Churros

Street Churros

Dapatkan 15% diskaun untuk churros jika anda sudah mengundi. Yang penting tunjukkan jari biru berdakwat anda pada 19 hingga 22 November 2022

24)  Taco Bell

Taco Bell

Dengan RM5.00, di Taco Bell boleh dapatkan set minuman dan loaded griller. Hanya sah pada 19 November 2022. Promosi di Taco Bell boleh tengok sini.

25)  Tealive

Harga 2 jenis minuman hanya RM15.00. Sah untuk 14 hingga 20 November 2022 sahaja. Yang penting dapatkan baucer ini dulu untuk lebih diskaun.

26)  TGI Fridays

TGI Fridays

Diskaun 15% untuk semua menu Burgers pada 19 November 2022. Tunjuk jari berdakwat anda sahaja dan terus layak untuk tebus.

27)  The Alley

The Alley

Harga hanya RM15 untuk 2 Black Milk Tea. Tunjukkan jari biru anda pada 19 dan 20 November 2022. Beli yang ni paling best.

28)  US Pizza

US Pizza

Dapatkan percuma Aloha Pizza pada 19 November 2022 dengan menunjukkan jari biru berdakwat di US Pizza. Boleh dapat makan pizza percuma kan. Banyak lagi promo pizza kat sini.

Jadi jangan bersihkan dulu jari berdakwat biru tu nanti lepas buang undi. Pergi claim dulu promosi yang disenaraikan ni. Bila lagi boleh dapatkan kalau tidak pasa PRU15 ni je.

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post