Orang Ramai Boleh Saksikan Gerhana Bulan Penuh Sekitar Jam 7PM

Orang Ramai Boleh Saksikan Gerhana Bulan Penuh Sekitar Jam 7PM

Rakyat Malaysia khususnya berpeluang untuk menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh (Blood Moon Eclipse) pada Selasa, 8 November 2022 mulai jam 4.02 petang dan berakhir pada pada 9.56 malam waktu Malaysia.

Seperti yang dimaklumkan oleh Agensi Angkasa Malaysia, masyarakat di Malaysia tidak dapat melihat pada permulaan fasa gerhana penumbra dan separa kerana ia berlaku apabila Bulan berada di bawah ufuk.

BACA : Rahsia Gerhana Menurut Islam

Tetapi masyarakat di Malaysia berbeluang menyaksikan fenomena tersebut apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur ketika ia mula mengalami fasa gerhana penuh bagi penduduk di Sabah dan Sarawak.

Manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, fenomena tersebut hanya mula kelihatan ketika fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 9.56.

  • Fasa-Fasa Gerhana (Waktu Berlaku)
  • Fasa Gerhana Penumbra bermula - 4.02 pm
  • Fasa Gerhana Separa bermula - 5.09 pm
  • Fasa Gerhana Penuh bermula - 6.16 pm
  • Fasa Kemuncak Gerhana Penuh - 6.59 pm
  • Fasa Gerhana Penuh tamat - 7.41 pm
  • Fasa Gerhana Separa tamat - 8.49 pm
  • Fasa Gerhana Penumbra tamat - 9.56 pm

Tempoh Gerhana Bulan Penuh berlaku selama 85 minit.

Orang Ramai Boleh Saksikan Gerhana Bulan Penuh Sekitar Jam 7PM

Orang Ramai Boleh Saksikan Gerhana Bulan Penuh Sekitar Jam 7PM

Bagaimana Boleh Berlaku?

Fenomena Gerhana Bulan berlaku apabila orbit bulan melintasi masuk ke dalam bayang-bayang bumi yang dipanggil umbra. Di dalam keadaan ini, bumi akan berada di antara bulan dan matahari di dalam kedudukan tepat sebaris.

Jadi untuk saksikannya, anda boleh berada di kawasan yang tidak mempunyai halangan di arah timur seperti kawasan yang tinggi ataupun pantai yang menghadap ke arah timur supaya dapat menyaksikan gerhana tersebut seawal mungkin.

Saranan Amalan Yang Boleh Dilakukan

Dalam tempoh ini, kita disunatkan untuk melaksanan Solat Sunat serta khutbah Gerhana yang boleh dilakukan di masjid atau surau bertujuan bagi melihat kebesaran Allah SWT yang mencipta makhluk di bumi dan dilangit termasuk bulan.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post