Senarai Pemenang BWF Australian Open 2022

Senarai Pemenang BWF Australian Open 2022

Kejohanan BWF Australian Open 2022 telah pun melabuhkan tirainya selepas 6 hari para pemain badminton beraksi dalam kejohanan tersebut bermula 15 hingga 20 November 2022 bertempat di State Sports Center, Sydney Australia.

BACA : Jadual & Keputusan Penuh Australian Open 2022

Sathio Group Australian Open 2022 merupakan antara kejohanan yang tersenarai dalam kalendar BWF World Tour untuk tahun 2022 yang mana ianya merupakan kategori World Tour Super 300 dimana menawarkan mata ranking dan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah USD180,000 atau sekitar RM830 ribu.

Selain itu, ianya juga kejohanan terakhir bagi kalender BWF World Tour 2022 sebelum kejohonan World Tour Final berlangsung yang kini berubah tempat ke Bangkok, Thailand bermula pada 7 Disember ini.

Jumlah Agihan Mata Ranking Dan Hadiah Wang Tunai

Berikut merupakan agihan mata (point) bagi setiap peringkat dalam kejohanan ini berdasarkan sistem mara BWF untuk acara Super 300 beserta agihan hadiah wang tunai.

Agihan Mata Ranking (Point)

  • Juara - 7000
  • Naib Juara - 5950
  • Separuh Akhir - 4900
  • Suku Akhir - 3850
  • Pusingan 16 - 2750
  • Pusingan 32 - 1670
  • Kelayakan 1 - 660
  • Kelayakan 2 - 320

Agihan Hadiah Wang Tunai

[Perseorangan]

  • Juara - $13,500
  • Naib Juara - $6840
  • Separuh Akhir - $2610
  • Suku Akhir - $1080
  • Pusingan 16 - $630

[Beregu]

  • Juara - $14,220
  • Naib Juara - $6840
  • Separuh Akhir - $2520
  • Suku Akhir - $1305
  • Pusingan 16 - $675

Senarai Pemenang Kejohanan BWF Australian Open 2022

Kejohanan ini telah menampilkan 8 wakil Malaysia bagi setiap kategori kecuali beregu wanita campuran. Terdapat 4 wakil perseorangan lelaki, 3 wakil perseorangan wanita dan 1 wakil untuk beregu lelaki.

Kejohanan ini merupakan penentu kepada layakknya pemain no. 1 negara Lee Zii Jia untuk menyertai WTF. Tetapi malangnya beliau tewas di pusingan kedua kepada pemain China sekali gus tidak layak menjadi antara 8 pemain terbaik bagi kejohanan final tersebut.

Walaupun begitu, kali ini Malaysia mempunyai 1 wakil dalam pusingan akhir menerusi beregu lelaki. Berikut merupakan senarai pemenang Australian Open 2022 (podium) untuk kasemua kategori.

[Perseorangan Lelaki]

  • Juara - Shi Yu Qi (CHN)
  • Naib Juara - Lu Guang Zu (CHN)

[Perseorangan Wanita]

  • Juara - An Se Young [1] (KOR)
  • Naib Juara - Gregoria Mariska Tunjung (INA)

[Beregu Lelaki]

  • Liu Yu Chen [8]/Ou Xuan Yi (CHN)
  • Ong Yew Sin [6]/Teo Ee Yi (MAS)

[Beregu Wanita]

  • Juara - Zhang Shu Xian [6]/Zheng Yu (CHN)
  • Naib Juara - Benyapa Aimsaard/Nuntakarn Aimsaard (THA)

[Beregu Campuran]

  • Juara - Seo Seung Jae [4]/Chae Yu Jung (KOR)
  • Naib Juara - Kim Won Ho/Jeong Na Eun (KOR)

Untuk dapatkan info lanjut bagi kejohanan BWF Australian Open 2022 atau mana-mana kejohanan BWF World Tour,  anda boleh rujuk laman web rasmi di https://bwfworldtour.bwfbadminton.com/

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post