Senarai TV Yang Telah Tersedia Dengan MYTV Di Dalam (Tanpa Perlu Dekorder)
Sekarang kita dah ada tv digital bagi menggantikan tv analog yang kini tidak lagi releven. Sejak itulah diperkenalkan MYTV. Jadi orang ramai boleh menonton siaran tv dengan kualiti HD dengan adanya MYTV tersebut.
Kebiasaanya untuk dapatkan siaran, anda hanya perlukan sebuah dekoder MYTV dan juga antena dan kemudian disambungkan kepada tv anda. Kini dekoder tersebut adalah pilihan kerana ada tv yang telah menyokong MYTV di dalamnya (Buit-in MYTV).
Ya, anda masih boleh beli dekoder MYTV dan harganya murah sahaja. Boleh tengok disini atau beli disini. Tetapi sekiranya tv yang anda guna tersebut sudah tersedia MYTV, kenapa anda perlu beli dekoder kan? Sekadar beli antena sahaja la.
Tapi bukan semua tv yang ada built-in MYTV ni. Untuk pastikan ianya tersedia, jika pada input tv tersebut mempunyai pilihan Digital, DTV, Antena atau DVB-T, tv tersebut sebenarnya telah ada MYTV di dalamnya. Jadi tak perlu beli dekoder.
Dengan MYTV ini anda boleh tonton pelbagai siaran asas dalam format High Definition (HD) secara percuma seperti TV1, TV2, TV3, TV9 dan banyak lagi serta saluran radio juga.
Senarai Antena MYTV
Antena MYTV anda boleh juga dapatkan dimana-mana kedai tv berdekatan dengan anda. Boleh dapatkan antena dalaman (indoor) atau luaran (outdoor). Boleh tengok senarai dibawah
- Antena Ariel Indoor (RM 18.81)
- Outdoor Digital Antenna (RM 38.50)
- Piring Satellite Dish (RM 35.90)
- Digital TV Portable Indoor Outdoor Antenna (RM 10.77)
- MYTV Outdoor Antenna 17E (RM 58.99)
*Ingat antena wajib ada untuk sambungkan dengan MYTV sama ada dekoder atau bulti-in mytv
Senarai TV Yang Tersedia MYTV Di Dalamnya
Dalam senarai 5 jenama tv dibawah ini, kesemuanya harga kurang daripada RM1000, jadi ianya sangat sesuai untuk anda beli dengan bajet yang tidak terlalu tinggi tetapi masih dapat nikmati tontonan siaran Myfreeview dengan kualiti yang tinggi (HD).
1. MEGRA Smart TV
Jenama MEGRA ini antara smart tv yang paling murah dalam senarai ini. Jadi menerusi tv ini, selain daripada terbinanya MYTV didalamnya, boleh juga layan youtube sebab anda boleh sambung internet menerusi wifi. Akan tetapi ianya hanya menawarkan resolusi HD sahaja.
- Saiz : 32-inci
- Model : 23D1000X
- Resolusi : 720p (1366 x 768p) HD
- OS : Smart TV Linux OS
- RAM : 1 gb
- Storan : 4 gb
- Sambungan : HDMI, USB, Audio, VGA, LAN, AV, RF Tuner
- Wifi : Ada
- MYTV : Ada
- Waranti : 12 bulan
- Harga : RM 629
⏩ Link Pembelian - Shopee | Lazada
2. Philips LED TV
Jenama ini pastinya tidak asing lagi bagi pengguna di Malaysia. Dengan model tv ini, anda boleh nikmati tontonan pelbagai rancangan dalam format Full HD yang pastinya lebih baik. Ianya menawarkan waranti sehingga 2 tahun juga.
- Saiz : 43-inci
- Model : 43PFT5706
- Resolusi : 1920x1080p Full HD
- OS : Bukan Smart TV
- Sambungan : DVB-T/T2, HDMI, USB
- MYTV : Ada
- Waranti : 24 bulan
- Harga : RM 898
⏩ Link Pembelian - Shopee | Lazada
3. SAMView Digital LED TV
SAMView menawarkan harga digital tv yang paling murah dalam senarai ini dengan harga kurang daripada RM500. Tetapi ianya masih tersedia MYTV, ada sambungan HDMI yang mana anda juga boleh sambungkan dengan Astro dan paling best kualiti Full HD.
- Saiz : 32-inci
- Resolusi : 1080p Full HD
- OS : Bukan Smart TV
- Sambungan : DVB-T2, HDM, USB, VGA Port, AV
- MYTV : Ada
- Waranti : 12 bulan
- Harga : RM479
⏩ Link Pembelian - Shopee | Lazada
4. Hisense Smart TV
Hisense juga menawarkan smart tv disamping MYTV yang tersedia di dalamnya. Anda boleh nikmat pelbagai aplikasi menerusi play store di dalam android tv ini. Harganya hampir RM1000 tetapi masih tidak capai. Mungkin paling berbaloi di antara senarai ini.
- Saiz : 40-inci
- Model : 40A4000H
- Resolusi : 1080p (1920x1080p) Full HD
- OS : Android TV
- RAM : 1 gb
- Storan : 4 gb
- Sambungan : LAN, AV, USB, Eaphone Jack, HDMI, DVB-T/T2
- Wifi : Ada
- MYTV : Ada
- Waranti : 24 bulan
- Harga : RM 989
⏩ Link Pembelian - Shopee | Lazada
5. Sakura Digital TV
Akhir sekali adalah dari jenama Sakura yang juga tersedia built-in MYTV. Dengan saiz skrin 40-in pasti memberikan kepuasan kepada anda yang menonton dengan skrin lebih besar. Boleh juga dapatkan jenama ini yang kini berada dalam pasaran Malaysia
- Saiz : 40-inci
- Resolusi : 1366x768p HD
- OS : Bukan Smart TV
- Sambungan : DVB - T/T2, HDMI, USB, AV Input, VGA
- MYTV : Ada
- Waranti : 12 bulan
- Harga : RM 669
⏩ Link Pembelian - Shopee | Lazada
Ini antara 5 jenama tv yang telah tersedia dengan MYTV di dalamnya. Dengan itu, anda tidak lagi perlu beli dekoder MYTV. Hanya dapatkan sebuah antena dan boleh mula tuning sejurus selepas menyambungnya dengan tv.
1 comment for "Senarai TV Yang Telah Tersedia Dengan MYTV Di Dalam (Tanpa Perlu Dekorder)"