Telefilem Hantu Viral Di TV2

Telefilem Hantu Viral Di TV2

Saksikan telefilem Hantu Viral yang akan menemui penonton pada 8 November 2022, hari Selasa pada jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Cineorama Sdn. Bhd., diarahkan oleh M. Suurya dengan nukilan skrip daripada Jefry Talib.

Sinopsis Telefilem Hantu Viral

Telefilem Hantu Viral menampilkan barisan pelakon seperti Ebby Yus, Arja Lee, Eika Zulkifli, Sathiya, Ruby Ooi, Ghani Ahmad, Caca Raja Lawak dan ramai lagi.

  • Arja Lee sebagai Ajiz
  • Ebby Yus sebagai Roslan
  • Sathiya sebagai Appu
  • Ruby Ooi sebagai Jenny
  • Eika Zulkifli sebagai Milah
  • Ghani Ahmad Sebagai Tok Ketua

Tonton Telefilem Hantu Viral - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Aziz iaitu seorang Youtuber amatur yang baru mula berjinak-jinak dengan dunia content creator yang juga ingin menjana pendapatan dengan menghasilkan video Youtube.

Jadi kali ini Aziz telah membuat keputusan dan memilih untuk menghasilan content atau video melalui pengalamannya tinggal di sebuah rumah lama.

Di situ pelbagai kisah suka duka dan gangguan yang dialami oleh Aziz. Aziz juga memberi idea kepada ketua kampung agar penduduk kampung berkongsi kisah menarik atau perniagaan mereka di media sosial bagi menjana pendapatan mereka pula.

Telefilem Hantu Viral Di TV2

Telefilem Hantu Viral Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post