Telefilem Keranamu Ernie Di TV2

Telefilem Keranamu Ernie Di TV2

Saksikan telefilem Keranamu Ernie yang akan menemui penonton pada 14 November 2022, bersiaran pada hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi K Titanium Pictures, diarahkan oleh Dato' Jef Omar dengan nukilan skrip daripada Subroto Hj Katimi

Sinopsis Telefilem Keranamu Ernie

Telefilem Keranamu Ernie menampilkan barisan pelakon seperti Bell Ngasri, Amanda Misbun, Dato' Jef Omar, Kay Maria, Amran Ismail, Mas Muharni dan ramai lagi.

Tonton Keranamu Ernie Online - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Mat Jan yang dilamun cinta terhadap seorang gadis di kampungnya iaitu Ernie dan mereka membuat keputusan untuk berkahwin.

Dalam waktu inilah, ibu bapanya mulai sedar yang Mat Jan belum bersunat. Ini kerana sewaktu zaman kanak-kanaknya, Mat Jan sering melarikan diri untuk mengelak dari berkhatan. Disebabkan itu, kedua ibu bapanya gagal mengkhatankannya.

Adakah pada akhirnya Mat Jan berjaya dikhatankan dan akan berkahwin dengan pilihan hatinya Ernie?

Telefilem Keranamu Ernie Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Keranamu Ernie Di TV2"