Telefilem Mat Salleh Sangat Di TV1

Telefilem Mat Salleh Sangat Di TV1

Saksikan telefilem Mat Salleh Sangat yang akan menemui penonton pada 5 November 2022, hari Sabtu pada jam 10.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem yang diterbitkan oleh syarikat produksi SYD Pictures Sdn. Bhd. ini merupakan arahan Jet Lee (M Nazir Juhan) dengan nukilan skrip daripada Zubi Don.

Sinopsis Telefilem Mat Salleh Sangat

Telefilem Mat Salleh Sangat menampilkan barisan pelakon seperti Janna Nick, Erwin Dawson, Falisha Crossley, Norseha, Dian P.Ramlee, Fathil Dani, Fimie Don, Sharonizam dan ramai lagi.

  • Janna Nick sebagai Mimi
  • Erwin Dawson sebagai Johan
  • Fathil Dani sebagai Haji Halim
  • Dian P. Ramlee sebagai Puan Khairah
  • Fimie Don sebagai Muiz
  • Sharonizam sebagai Shidi

⏩ Tonton Telefilem Mat Salleh Sangat - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Haji Halim yang mahukan anaknya Mimi berkahwin cepat. Ini kerana jika tidak Mimi akan dikahwinkan dengan sepupunya, Haikal. Namun Mimi tidak bersetuju dengan cadangan ayahnya itu.

Mimi sebaliknya mahu memberikan sepenuh perhatian kepada kerjanya di sebuah syarikat kepunyaan Puan Khairah. Sementara itu muncul anak Puan Khairah bernama Johan yang baru tamat pengajian dan mula belajar bekerja di syarikat itu.

Meskipun pada mulanya dia enggan berkongsi masalahnya dengan sesiapa, tetapi kemudiannya Mimi memberitahu Johan masalahnya dan meminta Johan membantunya menyamar sebagai Mat Salleh untuk diperkenalkan kepada bapanya Hj Halim sebagai calon suaminya.

Pada mulanya Haji Halim mempercayai Mimi dan mula suka kepada Johan yang diberi nama Juan. Tetapi akhirnya Haji Halim terdengar Johan berdoa dalam bahasa Melayu dengan amat fasihnya dan memarahi Mimi kerana membohonginya.

Dalam pada itu Puan Khairah telah dicolek oleh Shidi, bekas bekerja yang dipecat kerana menipu pelanggan dengan mengurangkan barangan yang dijual. Shidi berdendam dengan Puan Khairah dan mencoleknya untuk meminta wang tebusan sebanyak 5 juta ringgit.

Johan bergegas pulang untuk menyelamatkan ibunya, Puan Khairah. Polis telah dihubungi dan berjaya memberkas Shidi. Haji Halim dan isterinya kemudian terkejut apabila Johan bersama ibunya datang ke rumahnya untuk melamar Mimi. Adakah lamaran tersebut diterima keluarga Mimi?

Telefilem Mat Salleh Sangat Di TV1

Telefilem Mat Salleh Sangat Di TV1

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post