Cara Buat Best Nine Instagram Tahun 2022 (Top Nine)

Cara Buat Best Nine Instagram Tahun 2022

Setiap kali hujung tahun, kita pasti akan tengok semula apa yang kita lakukan sepanjang tahun. Antara yang boleh kita recap atau tengok semula adalah gambar menerusi aplikasi Instagram. Sepanjang tahun 2022, manakah gambar yang terbaik.

Instagram setakat ini hanya menawarkan ciri end-of-year Reels 2022 iaitu untuk video dan bukan pada setiap gambar di feed. Jadi untuk dapatkan gambar yang terbaik, anda kenalah guna aplikasi tambahan atau menerusi website yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, sebuah website iaitu bestnine yang mana anda boleh kumpulkan 9 gambar terbaik sepanjang tahun yang mempunyai atau mendapat 'likes' yang tinggi dan dijadikan sebuah poster dengan saiz segi empat.

Dengan hanya menggunakan Best Nine, anda hanya perlu masukkan 'Username Instagram' anda sahaja dana akan disenaraikan secara automatik. Walaubagaimanapun, ianya hanya boleh dibuat sekiranya anda tidak private akaun Instagram anda. Jadi jangan private keh.

Cara Buat Best Nine Instagram Tahun 2022

Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk anda buat Best Nine Instagram 2022 sama ada menggunakan website atau aplikasi. Begini cara menggunakannya.

Best Nine

Cara Buat Best Nine Instagram Tahun 2022

  1. Pergi ke website Best Nine Instagram
  2. Masukkan 'Username Instagram' atau 'Instagram ID' anda dan klik pada butang Search
  3. Anda perlu tunggu untuk beberapa minit sebelum gambar anda siap disenaraikan mengikut jumlah 'likes'
  4. Kemudian anda hanya perlu save sahaja dan boleh upload ke Instagram

*Sepertinya website ini mengambil sedikit masa

Top Nine

  1. Pergi ke website Top Nine for Instagram (Best of 2022)
  2. Masukkan 'Username Instagram' di ruang disediakan dan klik Create Top Nine Collage
  3. Dalam beberapa saat sahaja, akan dipaparkan Your #TopNine2022 beserta jumlah 'likes' anda anda peroleh bagi 9 gambar tersebut.
  4. Untuk website ini, anda tak boleh save. Jadi anda boleh screenshot sahaja dan siap untuk upload di Instagram

Jangan lupa masukkan #TopNine2022 dan #Recap2022

Cara Buat Top Nine Instagram Tahun 2022

Aplikasi Top Nine

Khusus bagi pengguna iOS, anda boleh buat menggunakan aplikasi Top Nine sahaja tanpa perlu pergi ke website seperti diatas. Boleh download di Top Nine for Instagram 2022. Untuk Androi tiada.

  1. Selesai install, buka aplikasi tersebut
  2. Masukkan 'Instagram Username' dan klik Continue
  3. Dalam beberapa saat sahaja, 9 gambar terbaik anda siap dikumpulkan
  4. Klik 'Continue' dan kemudian klik 'Save & Share'. Boleh save di phone anda terlebih dahulu atau boleh terus share ke Instagram.

Selain itu, aplikasi ini juga menyediakan beberapa template untuk anda gunakan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan jangan lupa untuk kongsikan kenangan dengan gambar terindah daripada Instagram anda sendiri kepada followers dan rakan-rakan anda sepanjang tahun 2022.

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post