Info Dan Sinopsis Drama Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 Di Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 Di Astro Ria

Saksikan drama siri original gempak berjudul Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 yang akan menemui penonton mulai 21 Disember 2022, bersiaran setiap hari Rabu pada jam 9.30 malam di Astro Ria 104 dan secara online di Astro Go.

Drama bersiri 10 episod bukan adaptasi yang merupakan idea asal daripada Marr Mohamad ini merupakan terbitan Zeel Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Feroz Kader serta nukilan skrip daripada Marr Mohamad sendiri bersama Sham Hashim, Akmal Nahar dan Desiree Gasper.

Sinopsis Drama Akim & Mira - Kisah Cinta 1999

Drama Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 menampilkan barisan pelakon seperti  Adam Lee, Mimi Lana, Amir Ahnaf, Mierul Aiman, Kimberly Chuah, Fadlan Hazim, Saif  Yunuz, Kween Keela, Meor Mohd, Ku Faridah, Mahmud Alibashah, Rita Rudaini dan ramai lagi.

  • Adam Lee sebagai Akim
  • Mimi Lana sebagai Mira
  • Amir Ahnaf sebagai Ejoi
  • Mierul Aiman sebagai Naufal
  • Kimberly Chuah sebagai Phoebe
  • Fadlan Hazim sebagai Jebat
  • Saif  Yunuz sebagai Bush
  • Kween Keela sebagai Laila

Tonton drama Akim Dan Mira (Kisah Cinta 1999) disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang sepasang remaja iaitu Akim dan Mira yang saling menruh harapan dan mencintai antara satu sama lain.

Walaupun begitu, mereka perlu menerima ujian dan dugaan serta menghadapai pelbagai ranjau hanya kerana mereka adalah pasangan budak jahat dan pelajar bermasalah di sekolahnya.

Di hari pertama sesi persekolahan 1999, Akim bertemu Mira iaitu pelajar baru yang mengambil berat padanya. Sejak dari itu, Akim mula terpana dan jatuh cinta. Maka bermulalah kisah cinta mereka.

Info Dan Sinopsis Drama Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 Di Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post