Drama Cempaka Malaya Di TV2

Drama Cempaka Malaya Di TV2

Saksikan drama Cempaka Malaya yang akan menemui penonton mulai 26 Disember 2022, setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 8.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Drama 8 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Ardwerk Production Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Bakri Al Harith dengan nukilan skrip daripada Mohd Fadzil Mazlan.

Sinopsis Drama Cempaka Malaya

Drama Cempaka Malaya menampilkan barisan pelakon seperti Diana Rusli, Adzim Hariz, Anis Nazzaty, Aiman Ameer, Batrisyia Ong, Farhan Nordin, Ayu Ayuni, Farhan Nordin, Aiman Ameer, Mas Anizan, Zarina Zainuddin, Tungku Hanis, Saiful Ghaz dan ramai lagi.

Tonton Drama Secara Percuma  - DISINI

Ianya mengisahkan tentang Cempaka iaitu seorang gadis yang mempunyai karekter klasik seperti gadis zaman sebelum merdeka. Dia juga tegas dan berwawasan dalam memperkasakan martabat wanita, seni dan budaya bangsa.

Cempaka bercita-cita untuk menjadi budayawan suatu hari nanti. Kerana itu, dia gigih mencari ilmu dan menimba pengalaman. Dalam masa yang sama, dia juga tidak disenangi oleh rakan-rakan di tempat di belajar.

Drama Cempaka Malaya Di TV2

Drama Cempaka Malaya Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post