Info & Sinopsis Drama Gila Viral Di Astro Warna

Info & Sinopsis Drama Gila Viral Di Astro Warna

Saksikan drama Gila Viral yang akan menemui penonton mulai 25 November 2022, bersiaran setiap hari Jumaat pada pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Warna 107 atau boleh juga strim secara online di astrogo.astro.com.my

Drama bersiri 4 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Radius One Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin dengan nukilan skrip bersama daripada Aloy Paradoks, Rayza Mukmin dan Taqim Zaki.

Sinopsis Drama Gila Viral

Drama Gila Viral menampilkan barisan pelakon seperti Elly Mazlein, Norren Iman, Rasya Dean, Nik Rifaie, Azhan Rani, Sharifah Sakinah, Qazem Nor, Along Eyzendy, Azrul Zaidi, Roy Azman, Elly Suhaili, Uchee Fukada dan ramai lagi.

  • Elly Mazlein sebagai Dr. Zarra
  • Norreen Iman sebagai Lady Ku
  • Rasya Dean sebagai Hana
  • Nik Rifaie sebagai Que
  • Azhan Rani sebagai Syed Zainal / Mat Rasta
  • Sharifah Sakinah sebagai Miss Vivy
  • Along Eyzendy sebagai En. Mut
  • Roy Azman sebagai Dato Bagio
  • Elly Suhaili sebagai Mami

Tonton drama Gila Viral disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang seteru antara Dr. Zarra dan Ladyku dalam dunia perniagaan produk kecantikan, mereka adalah dua sahabat baik yang saling menyanyangi tetapi berselisih faham kerana permasalahan cinta.

Ladyku & Dr. Zarra bergaduh di majlis pelancaran produk Syed Zainal yang menyebabkan majlis itu gagal. Que pula jatuh cinta pandang pertama pada Hana di majlis itu. Video pergaduhan mereka itu menjadi tular.

Ladyku tertekan dan sedih kerana Dr. Zarra mengeluarkan produk yang sama. Manakala Dr. Zarra sedang bergembira dan ingin Hana menjadi duta dan model produknya tetapi Hana tidak berminat.

Info & Sinopsis Drama Gila Viral Di Astro Warna

Info & Sinopsis Drama Gila Viral Di Astro Warna

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post