Filem Hani Di Pawagam Mulai 15 Disember Ini

Filem Hani Di Pawagam Mulai 15 Disember Ini

Saksikan filem gabungan antara Jepun dan Malaysia berjudul Hani yang akan menemui penonton dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 15 Disember 2022 (Khamis). Jangan terlepas untuk menjadi penonton terawal untuk menyaksikannya.

🎫 Dapatkan tiket wayang murah - disini

Filem dengan genre fantasi seram ini merupakan edaran Horizon Film Entertainment Sdn. Bhd., diarahkan oleh Fazli Yasin dengan nukilan skrip daripada Rohaya Halid.

Sinopsis Filem Hani

Filem Hani menampilkan barisan pelakon seperti Shasha Abedul, Cat Farish, Nor Albaniah, Sharifah Shahora, Yuichiro Kinjo, Qul Iskandar, Sopi Manan, Yoshiko Tsuchiya dan ramai lagi.

Ianya  mengisahkan Hani iaitu seorang pelukis komik manga yang bekerja di Jepun pulang ke Malaysia untuk berehat seketika. Fikiran Hani tidak tenang ketika mula-mula tiba di Malaysia mengenangkan tugasan terbaru yang diberikan oleh majikannya tentang komik baru berasaskan anak patung kayu yang mempunyai sejarah gelap yang dikenali sebagai anak patung Ishikaori.

Anak patung Ishikaori telah diukir untuk menangkap dan memenjarakan makhluk ghaib jahat yang dikenali sebagai Yokai. Yokai adalah entiti atau roh ghaib dalam cerita rakyat Jepun. Anak patung ini mengandungi salah satu nama Yokai Orichi yang mencuri banyak jiwa gadis semasa zaman pertengahan Jepun bagi melakukan ritual untuk membuka portal yang akan memberi kebebasan kepada Yokai untuk melarikan diri ke alam manusia dan memusnahkan manusia Setibanya di Malaysia.

Hani menaiki kereta e-hailing ke rumah ayahnya bersama seorang pemandu bernama Uncle Osman yang merupakan seorang yang sangat peramah. Di lobi rumah ayahnya, Hani terkejut dengan amaran tiba-tiba yang diberikan oleh Pakcik Osman. Sejak saat itu, pelbagai perkara pelik menimpanya. Hani cuba menghubungi ayahnya berulang kali tetapi gagal.

Akibatnya, kejadian ganjil dan menyeramkan terus berlaku menyebabkan Hani diselubungi dengan kewujudan makhluk halus di rumahnya. Selepas berlari keluar dari rumah, Hani terkejut mendapati dirinya berada dalam persekitaran suram yang tidak diketahui dimana terdapat terowong dan gua yang menyeramkan.

Ternyata, Hani telah terperangkap di alam Yokai dan dia cuba melarikan diri. Pengakhiran yang menyayat hati berlaku seperti setiap rahsia akhirnya terbongkar apabila Hani berhadapan dengan Orichi.

Filem Hani Di Pawagam Mulai 15 Disember Ini

Filem Hani Di Pawagam Mulai 15 Disember Ini

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post