Filem Zaara Di Pawagam Mulai 29 Disember Ini

Filem Zaara Di Pawagam Mulai 29 Disember Ini

Saksikan filem Zaara yang akan menemui penonton dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 29 Disember 2022 (Khamis). Jangan terlepas untuk menjadi penonton terawal untuk menyaksikannya.

🎫 Dapatkan tiket wayang murah - disini

Filem seram komedi Malaysia ini merupakan terbitan bersama syarikat produksi JROI Global Film Sdn. Bhd. dan Redfiress Film Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Roy dengan penulisan skrip daripada Epy Kodiang.

Sinopsis Filem Zaara

Filem Zaara menampilkan barisan pelakon seperti Dato' AC Mizal, Kamal Adli, Atikah Suhaimi, Syaiful Zero, Azlan Komeng, Ain Awok, Azlee Senario, Adam Shaaz, Aril RL dan ramai lagi.

Ianya mengisahkan tentang Remy iaitu seorang anak muda linkungan 20an yang kacak dan kelakar orangnya, seorang yang gemar dalam perlumbaan kereta dan mempunyai keluarga dan kawan yang penyayang.

Tetapi mempunyai satu masalah yang sangat pelik iaitu dia seorang yang penakut pada hantu. Ketakutannya pada hantu sangat kritikal, sehingga tidak boleh keluar pada waktu malam. Dia juga sering tidur bersama mak dan ayahnya kerana terlalu takut hantu.

Kisah bermula apabila Remy terjumpa Maya pada suatu hari di sebuah autoshow kereta dan Remy mula jatuh cinta pandang pertama. Maya dan Budi sudah mengenali antara satu sama lain, Remy meminta bantuan Budi untuk kenalkan Maya dengannya.

Akhirnya dengan bantuan Budi, Remy berjaya berkenalan dengan Maya. Budi terpaksa rahsiakan masalah Remy daripada Maya kerana Remy takut untuk keluar pada waktu malam, hal itu menyebabkan berlaku masalah pada Remy yang malu untuk menceritakan masalahnya pada Maya.

Filem Zaara Di Pawagam Mulai 29 Disember Ini

Filem Zaara Di Pawagam Mulai 29 Disember Ini

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post